Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…

Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…

Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…. Perkongsian terbaru Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap tidak benar mengenai dirinya di media sosial.

Sarah berkata, tindakan itu diambil sebagai satu pengajaran kepada netizen diluar sana tidak membuat spekulasi tanpa bukti kukuh.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dgn apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Sarah turut berkongsikan kenyataan individu tersebut yang memburukkan dirinya mengenai rumah tangganya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…

Sarah juga memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan sokongan kepada pelakon itu serta bersetuju dengan tindakan saman berkenaan.

BACA:

Diva AA dilamar parti Pejuang jadi calon PRU15?

Balu arwah Abam Bocey kini bangkit, mampu beli Vellfire hasil usaha sendiri