Ini punca Azri Iskandar tangguh majlis perkahwinan?

Ini punca Azri Iskandar tangguh majlis perkahwinan?

Ini punca Azri Iskandar tangguh majlis perkahwinan?. Pelakon Azri Iskandar mengaku duit yang dikumpul untuk majlis perkahwinannya bersama Dr Azra Diera yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember ini masih belum mencukupi.

Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 54, memberitahu dia berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dia dan Azra sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya majlis perkahwinan mereka dapat diadakan secepat mungkin.

“Memang kami rancang cuti sekolah iaitu pada Disember ini. Tapi doakan saya dan Ara dapat banyak rezeki atau tawaran berlakon sebab kami janji mahu buat secepat yang boleh. Sebab duit belum cukup.

“Saya tengah rancang bila sampai sahaja cuti sekolah duit saya sudah cukup. Tapi, saya dan Azra mungkin tak jadi kahwin pada tahun ini memandangkan saya sedang sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun,” katanya ketika temu bual bersama Melodi.

Sementara itu, Azri menegaskan dia tetap akan berpegang pada janji di mana dia cuma akan mendedahkan wajah Azra pada masa yang tepat.

Ini punca Azri Iskandar tangguh majlis perkahwinan?

“Kalau betul dia jodoh saya , memang saya sayang dia dan alhamdulillah setakat ini dia pun sayang saya lagi. Apapun, doakan kami.

“Pasal janji itu, doakan jadi terlebih dahulu dan bila majlis pun selesai pasti gambar pun akan ada. Ambil banyak-banyak dan cantumkan jadi besar,” jelasnya.

Ditanya mengenai kecaman yang diterima sejak mengakui hubungannya dengan Dr Azra dalam fasa yang serius, Azri bagaimanapun menegaskan dia bukanlah lelaki gatal seperti yang dimaksudkan warganet.

“Itulah dari mana punca gelaran itu pun tak tahu. Siapa yang mangsa tu? Dia kalau lelaki gatal atau buaya darat ni mesti ada mangsa kan?

“Macam ada satu kes yang mengatakan abang ajak kahwin, kalau tidak mesti abang sudah kahwin ramai tapi kalau betul, tak abeluma da tarikan lah tak laku langsung. Jadi janganlah nak tuduh bukan-bukan,” katanya.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra sudahpun mengikat tali pertunangan pada 29 Jun lalu bertempat di Kangar, Perlis.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

BACA:

Isteri jual diri kepada tuan rumah sebab suami kalah judi

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ : Altimet serah royalti kepada keluarga P.Ramlee