Ini perbezaan bila orang melayu kaya dengan orang cina kaya

Ini perbezaan bila orang melayu kaya dengan orang cina kaya

Ini perbezaan bila orang melayu kaya dengan orang cina kaya. BEZA ORG MELAYU KAYA DGN ORG CINA KAYA

Hubungan kaum di Malaysia adalah dinamik. Begitu juga halnya dapat diperhatikan dgn hubungan di antara kaum Melayu dan Cina di negara ini.

Ok kita lupakan sejarah kedua bangsa ini sb saya ingin membawa anda melihat sikap berbeza kedua bangsa ini yg paling ketara secara umumnya (bukan mewakili semua). Sebenarnya byk perkara positif yg kita patut belajar dari bangsa Cina yg sgt terkenal dgn penguasaan ekonomi.

CINA
Org Cina bila kaya mereka ramai2 akan bantu sekolah2 Cina mengikut kemampuan masing2. Besarkan sekolah, pasang aircond, bina Dewan2 utk aktiviti mereka….pendek kata fasiliti yg baik utk generasi mereka menuntut ilmu tanpa bergantung kpd bantuan kerajaan sepenuhnya.

MELAYU
Org Melayu bila kaya mereka akan bina rumah bak istana, beli bermacam macam kereta mewah dan tambah isteri baru yg manja. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dari memikirkan nasib bangsanya.

Ini perbezaan bila orang melayu kaya dengan orang cina kaya

CINA
Org Cina majukan sekolah jenis Cina kerana mereka mahu bangsanya bijak. Bila bijak bangsanya akn menguasai ekonomi kerana mereka tahu di sini mereka tidak akan mampu menguasai politik.

MELAYU
Org Melayu pastinya menguasai politik kerana demografi kaum. Pemimpin Melayu yg kaki korup suka bangsanya tidak bijak. Mereka tahu jika bangsanya bijak mereka tidak boleh menindas atau menipu org lain utk kepentingan diri. Sebab itu wang bajet billion utk sekolah bumiputra disalah guna tanpa rasa bersalah.

CINA
Org Cina bila kaya mereka tidak menunjuk nunjuk. Kebiasaan tauke Cina pemakaian mereka sgt sederhana. Ada yg gemar berseluar pendek sahaja tetapi duit di akaun berjuta juta. Sebab itu kita tak pernah tgk tauke2 Cina keluar di media sosial tunjukkan kekayaan mereka walaupun harta berbillion.

MELAYU
Org Melayu kaya sikit penuh gambar di FB, IG dan Tik Tok foto2 aksi dirinya sdg keluar dari kereta Velfire. Gambar rumah banglo yg baru dibeli ‘done kemas rumah’ dan gambar2 dia melancong ke sana sini. Utk melengkapkan prestij sebagai Melayu elit walaupun baru berpangkat Pegawai N44, wajib main golf lagak bak seorang jutawan.

CINA
Org Cina mereka tidak boros. Duit bisnes mereka digunakan utk roll modal dan kembangkan bisnes. Jarang lah kita nak dgr mereka enjoy sakan.

Jika perasan org Cina spend duit mereka sgt berjimat cermat. Org Cina pentingkan menyimpan daripada berbelanja. Sebab itu peniaga Cina berkata Chinese New Year utk bisnes tidak memberi impak peniagaan mereka tetapi mereka sentiasa menanti Hari Raya kerana org Melayu menyambut Hari Raya sanggup berbelanja beribu ribu ringgit utk raikan 2 hari tersebut. Malah sanggup sewa kereta mewah utk tunjuk dkt org kampung dia kaya.

MELAYU
Org Melayu berniaga untung sikit bukan utk membesarkan perniagaan tetapi beli kereta baru yg akhirnya menjadi liabiliti kpdnya. Org Melayu jenis tak sabar nak tunjuk kekayaan. Itulah sebab utama org Melayu sgt terkenal suka makan rasuah walaupun agamanya amat melarang perbuatan tersebut. Rasuah dihalalkan atas nama komisen utk mudah dan cepat kaya.

Org Melayu tak senang tgk org Melayu lain senang sb itu mereka mahu beli sesuatu utk diperkatakan org. Media sosial ini sebenarnya byk menguntungkan tauke Cina kerana mereka tahu org Melayu mudah tewas berbelanja utk tunjukan mereka kaya.

MELAYU
Yang paling malang Melayu yg tak kaya tunjuk2 kaya. Akhirnya papa kedana hutang keliling pinggang. Yg malang juga Melayu yg makan gaji tapi nak juga tunjuk dia kaya akhirnya terpaksa ambil rasuah bagi anak isteri makan duit haram. Bertambah tambah malang ada Melayu yg keliru guna duit haram pergi Masjidil Haram.

BACA:

Tidak wajar banduan dapat layanan istimewa

53 kali kahwin, lelaki 63 tahun ini mahu cari kebahagiaan

Ini 62 lokasi di Klang yang berisiko alami banjir