Ini luahan rasa Nabila HUda terhadap Nad Zainal, “Janji nak jaga dirinya”

Ini luahan rasa Nabila HUda terhadap Nad Zainal, “Janji nak jaga dirinya”

Ini luahan rasa Nabila HUda terhadap Nad Zainal, “Janji nak jaga dirinya”. Umum tahu keadaan Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif apabila pendarahan di paru-parunya mula berhenti dan tahap oksigen semakin meningkat.

Hal itu membuatkan pelakon, Nabila Huda mendedahkan untuk berkumpul dan berjanji untuk menjaga Nad Zainal dengan rakan-rakan artis perempuan yang lain.

Menerusi laporan Gempak, Nabila Huda dan beberapa rakan artis yang lain mempunyai rancangan untuk melakukan ‘reunion’ setelah keadaan Nad semakin pulih. Tambahnya lagi, dia akan lebih mengambil berat tentang tahap masalah kesihatan Nad selepas ini.

Ini luahan rasa Nabila HUda terhadap Nad Zainal, "Janji nak jaga dirinya"

Apa yang kami nak buat pertama sekali lepas Nad sedar daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah ‘reunion’. Kami, kawan-kawan perempuan lain akan berjanji untuk menjaga dia (Nad) sebaik mungkin lepas ini.

Menurut Nabila, mereka hanya merancang kerana masih sibuk dengan kerja masing-masing yang perlu dilaksanakan. Namun, harapannya adalah rancangan mereka itu dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, Nabila sempat berkongsi perasaannya ketika berita ini tersebar. Nabila menyatakan bahawa dia sangat terkejut dan terus menghubungi rakan-rakan artis lain untuk mengetahui keadaan Nad.

Susulan itu, Nabila berkesempatan untuk menziarahi Nad seharian di hospital dengan memberi kata-kata semangat walaupun Nad tidak menyedarkan diri ketika itu.

BACA:

Ustazah Siti Afifah cetus kontroversi lagi, dakwa ‘pain killer’ haram?

Jalan kaki 15km demi sesuap rezeki, nenek ini undang simpati ramai

Bela anjing K-9, Fezrul dikecam ramai