Ini jawapan padu Joe Flizzow jika ditawar RM100 ribu untuk cipta lagu founder

Ini jawapan padu Joe Flizzow jika ditawar RM100 ribu untuk cipta lagu founder

Ini jawapan padu Joe Flizzow jika ditawar RM100 ribu untuk cipta lagu founder. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing.

Malah, golongan ini juga tidak seolah serik meskipun dikecam.

Memetik mStar Online, penyanyi rap Joe Flizzow berkata dia tetap dengan pendirian tidak berminat untuk menghasilkan lagu untuk founder produk.

Ini jawapan padu Joe Flizzow jika ditawar RM100 ribu untuk cipta lagu founder

Menurut Joe lagi, meskipun dia diberi tawaran RM100,000 sekali pun dia akan menolak tawaran berkenaan.

“Saya akan kata tidak! Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya akan cakap tidak kepada duit yang banyak walaupun untuk RM100,000,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa kecewa melihat founder produk dan TikToker muncul dengan lagu sendri serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.

BACA:

Pelakon lelaki popular rogol gadis bawah umur, sering lalok di set penggambaran

Bukti jelas tunjuk dana SRC masuk akaun Najib

Orang Malaysia suka kutuk negara sendiri?