Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam pasti akan menunggu kemunculan seorang individu
Di kaca televisyen sambil meneka warna pakaian baju Melayu yang akan dipakainya.
Individu tersebut adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, beliau merupakan Setiausaha Raja-Raja Melayu atau lebih dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengumum tarikh permulaan puasa dan hari raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Tapi korang tau tak apa sebenarnya maksud Mohor Besar Raja-Raja?
Mohor besar ini melambangkan kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu..
@citaminda Who is Tan Sri Syed Danial? #hariraya #funfacts #faktaunik #educational ♬ original sound – CitaMinda – Ahmad Irfan | CitaMinda
Tambahan, Surat cara akan dimeterai oleh Mohor Besar yang melambangkan kuasa dan kepercayaan. Ia juga membuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu surat cara.
Dalam pada itu, Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Apa yang menarik lagi tentang Mohor Besar Raja-Raja ni, pada permukaannya terdapat jata sembilan negeri Melayu Beraja iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Perlis.
Malah, pada permukaan mohor besar itu terdapat perkataan yang tertulis ‘Mohor Besar Raja-Raja’ dalam huruf jawi.
BACA: Rupanya ini sebab kenapa Polis di Amerika sentuh belakang kereta semasa tahan pemandu