Ini cara mohon Bantuan Kewangan BKPKK RM1800

Ini cara mohon Bantuan Kewangan BKPKK RM1800. Cara mohon bantuan kewangan BKPKK RM1,800, jangan terlepas. Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan BKPKK yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Ihsan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan BKPKK

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan bantuan kewangan kepada Pelajar Kolej Komuniti melalui BKPKK.

Kadar Bantuan Diberikan

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar BKPKK sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Kolej Komuniti masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Kolej Komuniti masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

BACA:

Cara dapatkan baucar RM 400 untuk kegunaan pembelian di Shopee

Kapal selam tiba-tiba muncul tengah bandar, orang ramai kelam kabut

Tarikh bayaran BKM bagi fasa kedua tahun 2022

COMMENTS

Wordpress (0)