Ini cara cuci filter Aircond kereta yang dah lama berhabuk

Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan filter yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau aircond kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa filternya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh Tuan Mohd Farhan Alias ini.

CARA CUCI FILTER AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM)
Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci filter aircond Proton Saga. Berbanding Myvi, filter Saga lagi senang untuk dicuci. Filter aircond ada di belakang glove box.

Lihat langkahnya di bawah.

1. Buka Glove Box Compartment

Ini dia glove box compartment. Tanggalkan dari kedudukan.

2. Kenalpasti Filter

Selepas glove box compartment ditanggalkan, akan kelihatan blower dan filter. Blower berbentuk sfera dan filter di atasnya.

servis aircond

4. Keluarkan Filter

Buka penutup filter dan tarik keluar filter. Ini dia filter yang kotor. Filter Saga sama design dengan filter aircond rumah dan senang dicuci.

5. Cuci Filter

Gunakan air paip dan siram dari arah belakang filter.

Sental sikit dengan menggunakan span basuh pinggan dan sabun basuh pinggan.

servis aircond

Dah siap.

6. Keringkan

Jemur di bawah cahaya matahari sampai kering.

7. Pasangkan Semula Filter

Bila dah kering, bolehlah pasangkan filter di tempatnya semula. Mudah saja. Boleh jimat duit bila buat sendiri.

Filter yang dah terlalu berhabuk eloklah ditukar dengan yang baru. Ada macam-macam jenama dan range harga di pasaran, sekitar RM50-RM90.

Mudah-mudahan, cara ini dapat membantu menjadikan aircond kereta anda lebih efisyen. Walau apapun, jangan lupa servis aircond secara berkala juga untuk memeriksa jika ada lain-lain masalah.

Baca juga: Restoran di KL kenakan “seating fee” RM20, duduk pun kena bayar!