Ini cara buat cucur ikan bilis yang simple tapi sangat sedap

Siapa suka makan cucur ikan bilis? Memang sedap dijadikan hidangan makan petang dan dipadankan dengan teh panas

Tapi anda perasan tak, bila buat sendiri cucur ikan bilis di rumah, cucur tersebut tak bulat dan leper sahaja. Kenapa ya?

Sebenarnya, ada satu teknik yang anda perlu cuba untuk menghasil cucur ikan bilis bulat seperti beli di kedai.

Ini cara buat cucur ikan bilis yang simple tapi sangat sedap

Nak tahu tekniknya macam mana? Kena ikuti perkongsian resepi cucur ikan bilis paling simple di bawah

. Mudah! Hanya beberapa bahan sahaja diperlukan. Jom cuba…

Bahan-bahan:

4 sudu tepung gandum
Air panas secukupnya
Air biasa secukupnya
Garam
Kucai
Ikan bilis
Cara penyediaan:

1. Yang ni paling penting iaitu 4-5 sudu tepung gandum.

2. Air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan. Kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa.

3. Pastikan tekstur seperti kanji.

4. Masukkan garam, masa ni bancuhan suam-suam, garam mudah larut.

5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cucur.

6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu sebab baunya sangat wangi.

7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.

8. Bancuh sampai jadi macam ni. Tak pekat sangat,t ak terlalu cair, lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.

9. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan supaya tak melekat.

Selamat mencuba!

Baca juga:Cikgu kaunseling di Seremban kantoi rakam video lucah dengan pelajar sekolah rendah!