Ini 5 teka teki naik kapalterbang yang ramai perlu faham

Ini 5 teka teki naik kapalterbang yang ramai perlu faham

Ini 5 teka teki naik kapalterbang yang ramai perlu faham. Penerbangan sudah menjadi satu kaedah pengangkutan yang popular kerana dapat menjimatkan masa walaupun dengan kos jauh lebih tinggi.

Bagi mereka yang selalu terbang, mereka pasti sudah biasa melalui rutin yang perlu dihadapi setiap kali menaiki satu-satu penerbangan. Ada banyak syarat atau peraturan yang dapat kita saksikan, tetapi jarang kita selidiki untuk kita faham kenapa peraturan tersebut dilaksanakan.

 

Berikut adalah lima syarat penerbangan yang biasa kita dengar dan turuti, tanpa faham kenapa sehinggakan, ada yang mempertikaikannya.

1. Kenapa penerbangan ada had limit berat bagasi?
bagasi penerbangan sebab had berat saiz

Sebagai penumpang, salah satu situasi paling menyakitkan hati adalah dikenakan caj tambahan ‘hanya’ disebabkan bagasi kita melebihi berat yang dibenarkan.

Bagi kita, apa isunya? Bukannya ada perbezaan kalau berat beg kita lebih 2kg misalnya? Kapal terbang tetap mampu terbang, kan?

Ada beberapa faktor memerlukan sebab ini diamalkan, tetapi dua faktor memainkan peranan paling penting.

Yang pertama setiap pesawat perlu mematuhi peraturan MTOW atau MTOM pesawat bergantung kepada modelnya mewakili maximum takeoff weight/mass – had berat maksima pesawat semasa berlepas daripada landasan.

Sekiranya sesebuah pesawat melebihi paras MTOW, beban yang ditanggung enjin pesawat semasa mahu mengapungkan keseluruhan badan pesawat akan menjadi lebih besar seterusnya membawa kepada risiko pesawat gagal naik pada tahap ketinggian sepatutnya.

Ini 5 teka teki naik kapalterbang yang ramai perlu faham

Dengan memastikan majoriti penumpang hanya membawa bagasi berdasarkan spesifikasi berat yang ditetapkan, risiko untuk sesebuah pesawat perlu berlepas melebihi nilai MTOW-nya menjadi terkawal.

2. Kenapa bagasi ada saiz dan berat yang perlu dipatuhi?
saiz maksima bagasi pesawat

Faktor kedua yang juga berkait dengan had berat bagasi adalah saiz bagasi yang dibenarkan. Kenapa?

Ini kerana majoriti pekerja yang menguruskan perjalanan bagasi di seluruh dunia, merupakan ahli berdaftar persatuan yang bertanggungjawab mengawai kebajikan kumpulan pekerja ini.

Kami tidak tahu adakah pekerja di Malaysia juga duduk dalam kumpulan ini, tetapi di Amerika Syarikat misalnya – wujud syarat ketat menentukan saiz dan berat bagasi yang telah ditetapkan kesatuan pekerja, agar sesuai dengan beban kerja setiap individu yang berdaftar.

Kesatuan pekerja akan mengeluarkan garis panduan berat dan saiz maksima yang dirasa sesuai, dalam memastikan pekerja mampu menguruskannya dengan efisien dan selamat tanpa menjejaskan kelancaran perjalanan.

Apabila sesuatu bagasi yang melebihi berat dan saiz standard yang telah ditetapkan kesatuan, bagasi itu dikategorikan sebagai muatan yang tak sepatutnya diurus oleh pekerja kerana telah melanggar spesifikasi yang ada.

Bagasi melebihi saiz dan berat dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan atau mendatangkan kesukaran bagi mereka menguruskannya.

3. Kenapa kru pesawat arah kita buka penutup tingkap semasa berlepas dan mendarat?
kru penerbangan buka penutup tingkap

Arahan mudah sebegini sebenarnya akan membantu anda ketika kecemasan, tetapi tidak ramai benar-benar faham sebabnya.

🙁 Kami tidak menjana keuntungan dari pembacaan anda. Bantu kami tampung kos pelayan web (server) dan kos penulisan kami.

Disable ADBLOCKER sekiranya anda cute.
Setiap kali pesawat mendarat atau berlepas, kru penerbangan akan memeriksa tiap-tiap tingkap dan memastikan semua tingkap tidak ditutup. Jika ada yang tertutup, kita diminta untuk membukanya.

Tujuannya adalah untuk membantu kita mengorientasi diri kita dengan lebih baik.

Sekiranya tingkap tertutup, sukar untuk deria kita mengenalpasti bagaimana keadaan persekitaran luar pesawat. Dengan memahami apa yang ada di kiri dan kanan pesawat, kita sekurang-kurangnya sedar kedudukan dan orientasi diri kita.

Selain itu mata kita yang memandang ke luar tingkap lebih mudah mengadaptasi kepada cahaya persekitaran luar, yang berbeza dengan cahaya dalam pesawat.

Ada juga penerbangan yang akan mengarahkan penumpang untuk tidak menggunakan fon kepala atau telinga ketika berlepas dan mendarat, bagi memastikan semua penumpang mampu mendengar arahan dengan baik sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.

4. Kenapa kerusi perlu ditegakkan semasa berlepas dan mendarat?
brace seating position pesawat

Sebab paling jelas kenapa kru penerbangan mengarahkan semua penumpang menegakkan kerusi semasa berlepas dan mendarat, adalah untuk memastikan tidak ada penumpang terhentak atau tersangkut pada kerusi depan mereka.

Tetapi tidak ramai yang tahu punca utama kenapa kerusi perlu dinaikkan adalah kerana hanya dengan duduk tegak, seseorang penumpang akan merasa lebih cergas dan sensitif dengan sebarang perubahan yang berlaku; membolehkan penumpang yang ada tidak leka dengan apa-apa arahan yang dikeluarkan.

Sekiranya ada kecemasan, penumpang yang duduk tegak mudah memberikan kerjasama apabila diminta duduk dalam brace seating position atau posisi duduk bertahan sambil melindungi bahagian muka dan tubuh dengan tangan.

Kedudukan itu hanya boleh dilakukan dengan sempurna, sekiranya kerusi sudah tersedia tegak.

5. Kenapa penerbangan tak benarkan saya suka-suka tukar tempat duduk?
kedudukan kerusi dalam pesawat

Ramai di antara kita biasa memandu kereta atau motorsikal.

Sebagai pemandu, kita boleh rasa kan sekiranya ada di antara penumpang kita bergerak-gerak semasa kenderaan tengah berjalan? Begitulah juga dengan sebuah pesawat.

Kami nyatakan di atas, setiap pesawat mempunyai indeks MTOW yang perlu mereka patuhi dalam memastikan pesawat mampu berlepas dengan selamat.

Satu lagi syarat yang perlu diawasi oleh semua juruterbang semasa dalam penerbangan adalah apa yang dikenali sebagai nilai ketetapan ‘trim’, yang mengawal titik graviti pesawat.

Setiap pesawat perlu mematuhi nilai ‘trim’ bagi memastikan pesawat stabil, sama ada melalui kawalan manual juruterbang atau sistem automatik yang mengawal mekanisme trim.

Nilai trim bergantung kepada apa yang berlaku secara langsung dalam pesawat.

Jumlah penumpang, pergerakan penumpang ke sana ke mari, pergerakan kru membawa troli makanan, perubahan tempat duduk dan sebagainya; semuanya memberikan perubahan kepada titik graviti pesawat.

Sesetengah jenis pesawat mempunyai tahap sensitiviti tinggi terhadap sebarang perubahan.

Sehinggakan juruterbang mampu mengesan perubahan beban titik-titik tertentu pesawat secara langsung, memerlukan muncung atau belakang pesawat dinaik atau direndahkan bagi menyeimbangkan perubahan beban yang berlaku.

Kadangkala dalam sesetengah penerbangan ada pula penumpang yang diminta menukar tempat duduk ke bahagian yang berbeza kan? Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan nisbah trim bagi memastikan kestabilan pesawat mudah dikawal dan diselia.

BACA:

Kisah keberanian Rafidah Aziz, terbubarnya WTO

Terkejut lihat ular sawa berlingkar dalam mesin dobi layan diri