Ini 3 Undang-undang pelik di Dubai, kereta kotor kena denda RM3,000

Setiap negara pasti ada undang-undang tersendiri yang perlu dipatuhi. Peraturan dan undang-undang yang dibuat adalah untuk mendisiplinkan individu supaya lebih bertamadun.

Tahukan anda di Dubai, terdapat 3 undang-undang yang pelik dan perlu dipatuhi jika berada di negara ini. Perkara ini disampaikan oleh Tuan Irfan Khairi, seorang usahawan yang tinggal di Dubai.

3 undang-undang pelik di Dubai itu adalah seperti berikut:

Ini 3 Undang-undang pelik di Dubai, kereta kotor kena denda RM3,000

Kereta kotor akan didenda. Pengguna kereta akan didenda sebanyak RM3000 sekiranya kereta kotor. Padanlah kereta-kereta di sana bersih!

Dilarang mengambil gambar kemalangan. Anda boleh dikenakan denda sebanyak RM50000 sekiranya berkumpul dan mengambil gambar kemalangan kerana ia melambatkan operasi menyelamat.

Dilarang mencarut. Sekiranya anda mencarut di dalam internet mahupun whatsapp, tetap dikenakan denda sebanyak RM10000.

Selebihnya korang boleh tonton sendiri video dari Irfan Khairi yang dimuatnaik di akaun TikToknya.

@irfan.khairiOK tak undang2 ni kalau di Malaysia? 🇲🇾😍

♬ original sound – ꧁༒ Swasthik ༒꧁ – ꧁☣✰Freefire✰☣꧂

Baca juga: “Suami aku punyalah pemalas asyik tidur siang sampai badan jadi gemuk, geli tengok cadar banyak peluh”