Ini 11 senarai produk berasaskan ayam yang dilarang eksport

Ini 11 senarai produk berasaskan ayam yang dilarang eksport

Ini 11 senarai produk berasaskan ayam yang dilarang eksport. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menyenaraikan sebanyak 11 barangan makanan berasaskan ayam yang dilarang untuk dieksport ke luar negara.

Barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam bulat segar, ayam bulat beku, keratan ayam dan ofal segar dan beku, kepak, pangkal paha, hati, daging tanpa tulang serta lain-lain bahagian seperti kaki dan kulit.

Selain itu, sosej, nuget, ayam bersalut tepung, burger dan lain-lain makanan berasaskan ayam turut dilarang untuk dieksport.

MAFI dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan, sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728] boleh diambil.

“Sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Ini 11 senarai produk berasaskan ayam yang dilarang eksport

Kementerian itu berkata, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Selaras dengan keputusan jemaah menteri pada 23 Mei lalu berkenaan dengan langkah menghentikan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun 2022, MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan memastikan tiada aktiviti pengeksportan komoditi tersebut.

“Kelulusan permit yang meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam tidak lagi dikeluarkan dan semua permit untuk membawa keluar komoditi itu dibatalkan,” katanya.

MAQIS katanya akan melakukan kawalan secara fizikal di semua pintu keluar.

“Konsainan eksport komoditi tersebut perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan langkah penggantungan eksport komoditi ayam dibuat bagi mengembalikan bekalan dan harga ayam di pasaran tempatan.

Malaysia mengeksport sebanyak 3.6 juta ekor ayam setiap bulan.

BACA:

Mahkamah arah polis agar hormati hak pelacur

Kedai jual makanan Korea ini didapati bercampur daging babi

Carut, maki anak selama 8 jam dalam bas, sekali pak cik ni tegur padu punya