Muncul bersama dalam rancangan memasak ‘Jom Berbuka’ yang bersiaran di TV3, Zulsyahmi Naqib Zolkifli yang merupakan anak lelaki kepada aktres popular, Liza Abdullah telah menjadi perhatian ramai. Walaupun tidak pernah muncul dalam mana-mana layar TV sebelum ini, pemuda berusia 23 tahun itu nampak tidak kekok berdiri di hadapan kamera.
Comel je anak beranak ni tau…Ada santan main-main eh?
Dalam klip pendek berdurasi seminit lebih ini, hubungan kekeluargaan antara Naqib dan Liza Abdullah jelas terlihat erat dengan gurauan mesra antara mereka berdua. Naqib juga gemar mengusik nakal ibunya sehingga mencetuskan suasana lucu di set rakaman berkenaan.
Baru masuk TV sekali dah melawan ibu…Tak boleh melawan ibu, dosa
Liza Abdullah yang juga terkenal dengan nama Mak Leha juga terlihat cukup penyayang kerana menggelarkan Naqib dengan panggilan ‘Nak’ pada setiap percakapannya. Sejak dikongsikan semalam, rakaman ini sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan di akaun TikTok @TV3Malaysia di mana rata-rata netizen memuji wajah kacak yang dimiliki oleh anak muda tersebut.
Naqib ni elok sangat rupa dia…Pernah nampak depan-depan masa umrah 2022 putih mulus
Menjengah ke ruangan komen pula, ada juga yang tersilap sangka Naqib sebagai Tomok lantaran rupa mereka mempunyai sedikit kemiripan. Tidak ketinggalan juga yang berseloroh mencuba nasib mahu menjadi menantu kepada Mah Leha.
Baca juga: “Kalau siapa biasa daki gunung ni mesti nampak pendaki tanpa kepala ini..”