Ramai yang berkumpul untuk menyaksikan seekor harimau betina yang ditemui berehat di atas tembok semalam.
Wion News melaporkan bahawa haiwan itu dikatakan telah keluar dari Rizab Harimau
Di daerah tersebut dan memasuki perkampungan Atkona pada malam Isnin lalu.
Rakaman kejadian menunjukkan puluhan penduduk kampung mengerumuni kawasan di mana harimau itu berada. Jaring keselamatan kemudian dipasang oleh jabatan perhutanan negeri.
Harimau betina itu kemudiannya diselamatkan dan kini berada di bawah pemerhatian doktor veterinar di kawasan hutan simpan daerah itu.
“Kami telah berjaya menyelamatkan seekor harimau betina yang dikesan di kampung Atkona. Ia sedang di bawah pemerhatian doktor veterinar di Rizab Harimau Pilibhit.
“Ia merupakan harimau betina muda dan berusia antara dua hingga tiga tahun,” kata timbalan pengarah rizab tersebut, Naveen Khandelwal.
Beliau menambahkan bahawa empat peluru berisi ubat penenang ditembak ke arah harimau tersebut, di mana dua daripadanya tersasar dan satu lagi dikeluarkan oleh haiwan itu sendiri.
BACA: Serabut dengan kehidupan di bandar? Sebahagian Pulau di Sabah dibuka untuk jualan, RM18 juta je