Kejutnya bukan kepalang, wanita ini terperanjat saat melihat isi sebuah peti besi yang sudah sekian lama tidak dibuka.
Mulanya menyangka barang yang dijumpainya itu adalah kek batik, rupa-rupanya ia adalah ‘sebuku’ wang ringgit bernot RM50.
Bagai bulan jatuh ke riba, ‘harta karun’ berupa wang ringgit yang ditemui itu dianggarkan berjumlah RM31,000 dan masih boleh dipakai.
Tular di media sosial, penemuan ‘kek batik’ itu kemudian dikongsikan dalam bentuk video dan dimuat turun di laman TikTok.
Difahamkan, wang ringgit itu ditemui di dalam peti besi milik mereka sendiri, namun sudah lama tidak dibuka kerana kehilangan kunci.
Puchong Batu Dua Belas: Rumah Musim Panas yang tidak Terjual pada Harga …
Lama terperangkap di dalam peti, sebahagian wang yang dijumpai didapati melekat dan ada juga kepingan yang sudah berlubang.
Bernasib baik, kesemua wang itu masih boleh diselamatkan dimana sebahagian besar berjaya didepositkan ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Lebihan wang yang tidak lepas ‘masuk’ ke dalam ATM pula bakal dibawa pemilik untuk diserahkan kepada Bank Negara bagi urusan penukaran.
“Ingatkan kek batik yang sudah terperap lama dalam peti besi. Rupanya harta karun. Rezeki jumpa kunci peti besi yang sekian lama hilang,” tulis keterangan video.
Baca juga:Gadis muntah tengok cicak dalam samosa, sikit lagi nak gigit