Ingatkan durian Musang King ada 1 jenis je? Rupanya ada 4 jenis yang ramai tak tahu

Ingatkan durian Musang King ada 1 jenis je? Rupanya ada 4 jenis yang ramai tak tahu.

Durian Musang king adalah raja buah durian. Buah durian sendiri adalah raja buah, tetapi musang king boleh dianggap maharaja buah.

Rasa manis yang sedikit pahit dan isi yang tebal merupakan ciri utama musang king ini. Sebagai penggemar durian, pastinya tidak lengkap tanpa mencuba durian jenis ini.

Ingatkan durian Musang King ada 1 jenis je? Rupanya ada 4 jenis yang ramai tak tahu
Selepas mencuba, mungkin anda akan lebih menyukainya daripada buah yang lain. Namun, anda perlu memahami ciri-ciri Musang King yang asli supaya tidak ditipu oleh penjual.

Jom tengok tip dari perkongsian Benih Durian Global di laman Facebook untuk kenal pasti buah yang ori.

TIP NAK TAHU DURIAN MUSANG KING ASLI

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti buah yang asli bagi mengelak daripada ditipu oleh penjual.

Di bawah adalah ciri-ciri yang boleh anda kenali.

1. Tangkai Buah

Perhatikan bahagian tangkainya terlebih dulu. Biasanya, tangkai ia berukuran lebih besar dibanding jenis durian lainnya.

Tangkai berbentuk seperti mahkota. Tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat.

2. Bentuk Duri

Durinya berbentuk seperti piramid yang bersegi.

3. Bahagian Pangkal Buah

Kelihatan seakan tapak sulaiman yang mempunyai 5 atau 6 bucu pada pangkal durian.

4. Ciri Fizikal

Berbentuk bujur seakan bola ragbi dan ada juga berbentuk seakan buah pinggang.

BACA:

Taksub dengan hantu, wanita ini ‘modified’ dirinya jadi pontianak, sekali ini respon makhluk halus buat ramai seram

Ingat ada title ‘Polis’ boleh parking di tempat OKU, sekali lain pula jadi bila pak guard clamp motor polis