Ingat ada title ‘Polis’ boleh parking di tempat OKU, sekali lain pula jadi bila pak guard clamp motor polis.
Sebuah motosikal pihak berkuasa dikenakan tindakan kapit (clamp) selepas didakwa diletakkan di kawasan tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU).
Video dan gambar kejadian itu tular di media sosial Twitter serta kelihatan seorang pengawal keselamatan datang ke situ membuka alat kapit berkenaan.
Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan pengguna, mereka mendakwa lokasi tersebut di Flora Damansara, namun tidak dapat dipastikan waktu kejadian itu.
Selain itu, ada pengguna turut mengkritik perbuatan meletakkan kenderaan di tempat OKU sekali gus meminta mereka menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
“Malunya pihak berkuasa sendiri tak tunjuk contoh yang baik. Puas hati aku tengok motosikal dia kena ‘clamp’,” kata seorang pengguna.
“Harap anggota tersebut diambil tindakan,” kata seorang lagi pengguna media sosial.
“Kepimpinan melalui teladan,” ujar pengguna yang lain
BACA:
‘Nohhh tersembul macam nak terkeluar’, Anak Azhar Sulaiman payung lagi buat ramai berdarah hidung
Nilai duit RM1 lama cecah RM10,000, ini sebab kenapa wang lama dijual mahal ramai tak tahu