Influencer nak cuba bunyi dan ketahanan kasut mewah, tapi lain netizen perasan

Tahukah anda, setiap kasut tumit tinggi mempunyai bunyi dan ketahanan yang berbeza?

adakah semakin mahal harga sesebuah kasut itu menyebabkan ketahannya juga tinggi?

Kasut tumit tinggi yang sesuai amat penting bagi wanita kerana menentukan keselesaan selain daripada menunjukkan jenama mewah yang dapat menaikkan aura si pemakai

Influencer Ini Menguji Bunyi dan Ketahanan Kasut Mewah, tapi lain netizen perasan

Tidak semestinya kasut tumit tinggi yang mahal itu selesa namun disebabkan aura apabila memakainya, sesetengah wanita sanggup merasa sakit kaki agar kelihatan cantik dan anggun.

Banyak kasut tumit tinggi yang murah kini boleh didapati di pasaran namun kualitinya sangat tidak berpatutan kerana anda hanya boleh memakai beberapa kali sahaja sebelum mempunyai kerosakkan yang tinggi.

Uji Ketahanan Dan Bunyi Kasut Tumit Tinggi?

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik pempengaruh terkenal @kristy.sarah yang meraih perhatian ramai.

Video berkenaan kini mencecah jumlah tontonan sebanyak 22 juta, 2 juta tanda suka dan komen sebanyak 24 ribu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Di dalam video berkenaan, memaparkan Sarah menguji ketahanan kasut yang dipakainya daripada jenama yang berbeza seperti Alexander McQueen, YSL, Valentino, Mach & Mach dan Prada.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut kerana Sarah memakai kasut tumit tinggi dan mampu berlari dengan ganas. Serta mereka juga teruja melihat keluarga Sarah yang berada di belakang apabila dia mencuba kasut tersebut.

“Anak-anaknya sangat tidak menghiraukannya, ia terjadi bila kamu yang paling liar sekali di dalam rumah”

“Ketidakgangguan dari keluarga kamu sangat mengujakan saya.”

“Sangat lucu apabila Suaminya berlari kerana tidak mampu menahan kesabaran terlalu bising”

BACA: Ayda Jebat Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang takut terberanak atas pentas