Indonesia jadi pilihan Hyundai untuk lancar IONIQ 5

Indonesia jadi pilihan Hyundai untuk lancar IONIQ 5

Firma Korea Selatan, Hyundai Motor Co akan mengeluarkan model kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya IONIQ 5 di kilang pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.

Hyundai Motor sudah menyiapkan kilang berkapasiti 150,000 unit setahun di kompleks perindustrian Deltamas berhampiran Cikarang, 40 kilometer di timur Jakarta, pada Disember lalu.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Indonesia jadi pilihan Hyundai untuk lancar IONIQ 5

Ia merancang untuk melabur AS$1.55 bilion (RM6.5 bilion) bagi kilang itu dan meningkatkan kapasiti pengeluarannya kepada 250,000 unit, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan syarikat itu.

Syarikat itu tidak memberikan tempoh masa pelaburan dan pertambahan kapasiti.

“Hyundai akan terus menyumbang kepada pembinaan ekosistem EV di Indonesia menerusi sinergi dengan kilang bateri yang sedang kami bangunkan,” kata Pengerusi Hyundai Motor Group, Euisun Chungm oada majlis perasmian kilang itu di Cikarang.

Hyundai juga sedang bekerjasama dengan LG Energy Solution Ltd, pengeluar bateri kereta utama Korea Selatan untuk membina kilang sel bateri di Karawang, Indonesia, dengan sasaran memulakan pengeluaran pada 2024.

Kemudahan di Indonesia itu sudah memulakan pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Creta, model strategik untuk rantau berkenaan, kata kenyataan terbabit.

Pengeluar model sedan Sonata dan SUV Santa Fe itu akan membantu kerajaan Indonesia dalam sasaran menukar 130,000 unit kenderaan awam kepada kenderaan elektrik menjelang 2030, katanya.

Ia mempunyai tujuh kilang domestik, masing-masing lima di Ulsan, satu di Asan dan satu di Jeonju, selain 11 kilang luar negara iaitu empat di China dan masing-masing satu di Amerika Syarikat (AS), Republik Czech, Turki, Russia, India, Brazil serta Indonesia.

Gabungan kapasitinya mencecah 5.65 juta kenderaan.

Tonton:

BACA JUGA:

Hujan ikan, katak, ketam dan buaya gemparkan penduduk

Penduduk panik lihat Villa misteri tiba-tiba sahaja muncul

Wanita disangka umur 50 tahun ini rupanya baru 16 tahun, dedah punca sebenar

[/bg_collapse]