Individu dedah Pak Arab tagih simpati rakyat Malaysia sebenarnya tiada kaitan dengan Palestin

Salah satu cara rakyat Malaysia memberi bantuan kepada saudara di Palestin adalah dengan menyumbang wang kepada badan NGO.

Beberapa artis juga menggunakan platform TikTok untuk memberikan sumbangan dengan hadiah wang secara langsung.

Walau bagaimanapun, terdapat individu bernama Ahmad Nazrul di Facebook yang menyuarakan kebimbangan

Individu dedah Pak Arab tagih simpati rakyat Malaysia sebenarnya tiada kaitan dengan Palestin

Tentang aktiviti sebahagian pelarian yang melakukan siaran langsung sambil mengetengahkan isu Palestin untuk mendapatkan hadiah dari orang ramai.

Difahamkan mereka menumpukan kepada warga Malaysia dan Indonesia, mungkin kerana dianggap lebih mudah untuk mendapat simpati dan menerima hadiah daripada kumpulan ini.

Untuk menarik simpati, mereka menggantungkan bendera Palestin, Malaysia, dan Indonesia sambil menyebut nama kedua-dua negara tersebut tanpa henti.

Walau bagaimanapun, disebabkan penampilan fizikal yang serupa dengan orang Arab, ramai yang tertipu dengan taktik ini dan memberikan hadiah berupa wang melalui platform TikTok.

tidak berkait palestin

Ironiknya, Palestin menghadapi kekurangan bekalan selepas diserang bom, tetapi kumpulan ini mampu melakukan siaran langsung tujuh hingga lapan kali sehari di TikTok tanpa sebarang bunyi letupan atau tembakan yang kedengaran.

Sebenarnya, mereka bukan warga Palestin sebagaimana yang digambarkan, tetapi pelarian dari negara Islam berdekatan.

Oleh itu, memberikan hadiah kepada mereka kerana dianggap saudara seIslam mungkin tidak membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan di Palestin ketika ini.

Sebagai peringatan, bagi mereka yang ingin menyumbang ke Palestin, disarankan untuk mencari saluran atau badan NGO yang dipercayai seperti Cinta Gaza Malaysia, Malaysia Relief Agency, dan Viva Palestina Malaysia.

BACA: ‘Semoga bahagia’, BCL peluk ibu arwah Ashraf Sinclair ketika majlis buat netizen sebak