Inai Nunha jadi pertikaian ramai, ini penjelasan Neelofa

Inai Nunha jadi pertikaian ramai, ini penjelasan Neelofa. Sejak beberapa hari yang lalu, inai jenama Nunha yang dihasilkan oleh usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa menjadi topik bualan orang ramai dan rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam.
Jika lihat di platform media sosial, netizen kebanyakkan meninggalkan pelbagai respon mengenai inai terbabit. Ada yang menyukai hasil inai itu jika dipakai dengan betul dan ada juga yang kurang gemari.
Terdapat sesetengah netizen berkata Neelofa sengaja membuat inai berwarna seperti itu kerana ingin menjadi ‘viral’ setelah sekian lama.
Sedar dirinya dikecam, Neelofa tidak berdiam diri dan perjelaskan bahawa pihaknya sedang menanti SIRIM dan HALAL serta akui pihak mereka amat berhati-hati apabila berkaitan dengan penyerapan inai ke dalam kuku ketika proses pembuatan.
Neelofa jelaskan isu inai Nunha
Dalam pada masa yang sama, Neelofa berkata pihak Nunha akan membawa pakar di dalam bidang ini untuk memberi penjelasan lanjut di dalam sebuah majlis khusus bersama ‘reseller’ dan pihak media dalam waktu terdekat.
BACA:
Rupanya ini khasiat durian, makan malam dan siang pun tak apa
Penemuan mikroplastik dalam darah dan paru-paru manusia membimbangkan
Pengganti Proton Preve sedang dalam ujian, pengguna teruja