Imam didakwa rogol, seks luar tabii terhadap adik ipar

Imam didakwa rogol, seks luar tabii terhadap adik ipar

Imam didakwa rogol, seks luar tabii terhadap adik ipar. Seorang imam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus semua pertuduhan berkenaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Mengikut enam pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak berusia sembilan tahun dua bulan sehingga 13 tahun 11 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017, bapa empat anak itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan meraba bahagian sulit kanak-kanak itu.

Imam didakwa rogol, seks luar tabii terhadap adik ipar

Tertuduh turut didakwa atas dua lagi pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan kanak-kanak itu dan didakwa Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara September 2017 sehingga Jun 2022 lalu di dua lokasi berasingan di sebuah rumah di Taman Seri Kerayong dan di Jalan Simpang Badak, daerah Jasin.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam dua prosiding berasingan memohon mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, mereka mencadangkan jaminan RM170,000 bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia antara 16 hingga 3 tahun yang masih bersekolah selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes.

BACA:

Najib terus mencuba untuk tangguhkan hukuman penjara, ini pula dibuatnya

Disangka hamil, akhirnya Risteena dedah hal sebenar

Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon