Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen

Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen

Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen. Pasti ramai yang sudah mengenali TikTok famous, Ryan Bakery yang kini semakin popular selepas menjadi viral apabila sering memuat naik konten-konten video yang menggamit memori zaman kecil.

Baru-baru ini, sebuah portal akhbar tempatan telah memuat naik sebuah ilustrasi mengenai perbandingan cara seseorang ingin menjadi popular pada zaman dahulu dan sekarang.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat terdapat dua situasi berbeza yang menunjukkan zaman dahulu dimana cara untuk popular memerlukan pelakon yang berwajah ‘handsome’ dan set pengambaran yang lengkap dengan kamera, lampu, dan kru-kru produksi.

 

Berbeza pula dengan zaman sekarang dimana ilustrasi itu menunjukkan mereka hanya memerlukan telefon bimbit dan bedak tabur sambil merakam aksi spontan untuk dijadikan sebagai konten.

Difahamkan, kartunis itu seakan-akan menggunakan ‘Ryan Bakery’ sebagai contoh ilustrasi berkenaan dengan hanya menggunakan ‘bedak’ sebagai kunci utama untuk menjadi popular.

Bagaimanapun, ilustrasi daripada karikatur portal tersebut telah menerima kecaman daripada orang ramai yang rata-ratanya mempertahankan Ryan Bakery dan mendakwa portal tersebut sengaja menggunakan TikToker itu sebagai contoh untuk memerli kejayaan populariti yang diperolehnya.

BACA:

RM163,000 lesap dalam 2 hari, surirumah kongsi pengalaman seperti dipukau scammer

5 tips kekal tenang walaupun dalam poket hanya ada 10 sen