Iklan persenda mangsa perang di Gaza, Zara terima nasib yang sama macam Starbucks

Syarikat fesyen terkenal, Zara, telah menarik balik imej iklan koleksi produk terbaru mereka selepas menimbulkan kemarahan orang ramai

Ada yang mendakwa imej tersebut mempermainkan perang di Semenanjung Gaza, lapor Metro UK semalam.

Gambar-gambar tersebut mencetuskan kontroversi di kalangan kumpulan pro-Palestin yang menggambarnya sebagai sesuatu yang “menjijikkan yang pernah dilihat”.

Iklan persenda mangsa perang di Gaza, Zara terima nasib yang sama macam Starbucks

Kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes di depan gedung fesyen tersebut di seluruh dunia kelmarin.

Kempen iklan tersebut memaparkan beberapa model bergambar bersama ‘arca yang belum siap dibina’ di sebuah studio, dengan Zara menyatakan bahawa ia “direka dengan tujuan untuk mempamerkan pakaian buatan tangan dalam konteks artistik”.

Namun, netizen menilai gambar koleksi produk yang diberi nama ‘The Jacket’ yang dikongsi oleh syarikat itu menggambarkan perang Israel di Semenanjung Gaza yang masih dikepung dan digempur oleh tentera Israel.

Sebagai tindak balas terhadap kemarahan netizen, Zara menarik iklannya keluar dan memohon maaf.

“Malangnya, sesetengah pelanggan merasa tersinggung dengan imej ini, yang kini telah ditarik balik, dan melihatnya dalam sesuatu yang jauh dari apa yang dimaksudkan semasa dicipta. Zara menyesal atas salah faham yang terjadi dan kami menegaskan rasa hormat kepada semua orang,” demikian kenyataan Zara.

Seorang penunjuk perasaan berkata: “Lihat ini, lihat latar belakang. Mereka mempermainkan kita (Palestin) dan kanak-kanak yang terbunuh serta rumah kita yang hancur