Ikan Pari Helang berbintik tiba-tiba melompat masuk bot

Ikan Pari Helang berbintik tiba-tiba melompat masuk bot

Ikan Pari Helang berbintik tiba-tiba melompat masuk bot. Seorang wanita yang dikenali sebagai April Jones dan suaminya berdepan dengan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mereka menyertai pertandingan Rodeo Memancing Laut Dalam Alabama 2022, menurut laporan AL.

Ketika berada di dalam bot, mereka dikejutkan dengan seekor ikan pari helang berbintik yang tiba-tiba melompat naik ke atas bot dinaiki mereka.

Ikan pari yang dianggarkan seberat 181kg dan sayap sepanjang 152 sentimeter itu kelihatan amat cantik tetapi pengalaman yang dialami mereka sangat menakutkan, ujar April.

Selain daripada April dan suaminya, mereka juga turut disertai oleh bapa suaminya dan anak lelaki mereka. Menurut April lagi, mereka keluar memancing di perairan Rumah Api Pulau Sand, Alabama dan meskipun dia tidak menangkap apa-apa, tetapi suami, anak dan bapa mentuanya semua mendapat hasil tangkapan.

Ketika mereka mahu berpindah ke tempat lain, tiba-tiba sahaja ikan pari itu datang melompat ke bot mereka.

Ikan Pari Helang berbintik tiba-tiba melompat masuk bot

Ikan pari itu bertindak sedemikian kerana dipercayai ada remora atau suckerfish yang mungkin tersekat pada bahagian perutnya.

Pada mulanya mereka beranggapan ikan pari itu boleh keluar dari bot dengan sendiri, namun gagal kerana mungkin terlalu berat. Mereka kemudian cuba mengeluarkan dan mengembalikannya ke laut tetapi tetap gagal kerana berat.

Mereka kemudian membuat keputusan kembali ke pantai dan mereka memastikan ikan itu terus hidup dengan menyimbah air kepadanya dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit.

Apabila sampai di pangkalan bot yang berhampiran yang kebetulan tempat dimana Makmal Laut Pulau Dauphin berada, April pun berlari ke makmal untuk meminta bantuan.

Namun begitu, beberapa orang sudah terlebih dahulu datang dan membantu mengeluarkan ikan pari tersebut dari bot. Apa yang mengejutkan adalah ikan pari itu juga ternyata telah melahirkan 4 anak secara pramatang di atas bot, dipercayai kerana tertekan, namun semuanya mati.

“Kami amat kecewa kerana anak-anaknya mati dan tiada apa yang mampu dilakukan,” kata April.

Bangkai anak pari helang berbintik itu kemudian dihantar ke makmal untuk tujuan penyelidikan mengenai spesis itu yang disenaraikan sebagai hampir terancam.

Menurut, Brian Jones, suami April yang merupakan kurator Akuarium Alabama, keadaan itu bukan luar biasa kerana haiwan liar pernah direkodkan beranak jika merasakan nyawanya terancam.

BACA:

Tidak wajar banduan dapat layanan istimewa

53 kali kahwin, lelaki 63 tahun ini mahu cari kebahagiaan

Ini 62 lokasi di Klang yang berisiko alami banjir