Ikan Jerung mengganas serang tiga pelancong, ini keadaan terkini

Empat cedera termasuk seorang parah selepas diserang ikan jerung ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di pantai Pulau Padre Selatan di Texas, Amerika Syarikat pada Khamis.

Menurut Game Warden Texas, Kapten Chris Dowdy berkata empat insiden berasingan itu dipercayai melibatkan serangan daripada ikan jerung yang sama.

Manakala Jabatan Polis Pulau Padre Selantan pula berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan salah satu serangan tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

Laporan yang diterima itu melibatkan seorang lelaki yang cedera parah digigit ikan jerung berkenaan ketika mandi-manda di kawasan teluk berhampiran 4100 Boulevarad.

Parah diserang ikan jerung, mangsa diberikan rawatan awal sebelum di bawa ke pusat perubatan

Polis yang tiba di lokasi kejadian memberikan rawatan awal kepada mangsa. Pasukan bomba yang tiba kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Wilayah Valley di Brownsville bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam tiga lagi kejadian berasingan, tiga mangsa turut dilaporkan cedera termasuk di bahagian badan akibat diserang ikan jerung berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri.

Semua mangsa turut dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Valley untuk mendapatkan rawatan.

Menurut portal ABC News, beberapa video yang merakam seekor ikan jerung sedang berenang-renang di tempat kejadian turut menjadi tular di media sosial.
Pihak berkuasa giat membuat rondaan di sekitar Pulau Padre Selatan

“Jerung tersebut melarikan diri ke perairan terbuka dan kami tidak merancang untuk menangkap haiwan pemangsa berkenaan pada masa ini,” ujar Chris seperti yang dilaporkan dalam ABC News.

Peronda Pantai Pulau Padre Selatan bersama-sama dengan jabatan bomba dan polis kini giat membuat rondaan di pinggir pantai. Mereka turut membuat rondaan menggunakan dron sebagai langkah berjaga-jaga.

“Serangan ikan jerung itu tidak seharusnya berlaku, namun apabila ikan tersebut menyerang manusia, ia berkemungkinan tersilap menganggap mangsa sebagai makanan,” tambah Chris.

BACA: Empat nagara ini hanya hantar seorang sahaja wakil dalam sukan Olimpik