Ibu tunggal ditahan polis, curi belon nak sambut ‘birthday’ anak

Ibu tunggal ditahan polis, curi belon nak sambut 'birthday' anak

Ibu tunggal ditahan polis, curi belon nak sambut ‘birthday’ anak. Sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara, setiap kali apabila menjelangnya hari kelahiran pasti mereka akan mengadakan sambutan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan. Akan tetapi ianya bergantung kepada bajet seseorang itu.

Namun, lain pula cerita seorang ibu dari wilayah Mindanao, Filipina ini apabila dia dipenjarakan hanya kerana mencuri belon untuk sambutan hari lahir anaknya.

Curi barang demi sambut ‘birthday’ anak

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh iFM CDO di Facebook, berkongsi kisah sedih seorang wanita berusia 30-an apabila dia ditahan oleh pihak polis kerana didakwa mencuri minyak, susu, belon serta barang hiasan yang lain bernilai 600 peso (RM48.00) di sebuah kedai runcit.

Hasil siasatan polis mendapati suspek telah menyeludup semua barang yang dicuri itu ke dalam beg tangannya. Tujuan wanita berkenaan berbuat sedemikian adalah disebabkan dia tidak mempunyai wang dan ingin membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya.

Ibu tunggal ditahan polis, curi belon nak sambut 'birthday' anak

Ibu tunggal berkenaan kemudiannya merayu kepada pihak polis sambil teresak-esak supaya memaafkannya kerana dia cuma mahu anaknya menyambut hari lahir dengan gembira sahaja.

Walau bagaimanapun, pemilik kedai runcit terbabit menyatakan bahawa dia sedia memaafkan dan akan menarik semula dakwaan dengan syarat wanita tersebut perlu menjelaskan hutangnya terlebih dahulu. Difahamkan, satu crowdfund iaitu dana daripada orang awam telah dilancarkan bagi membantu ibu tunggal berkenaan.

BACA:

Haqiem Stopa akui rimas digelar ikon permotoran, tak tahan kena perli setiap hari

Syamsul Yusof bagi jawapan padu bila ditanya kenapa filem Mat Kilau tak ada perempuan cantik

Aksi gelek ‘ghairah’ Baby Shima depan KLCC dapat pujian netizen Indonesia