Ibu terkejut tengok corak baju tidur anak tak senonoh

Wanita bila sudah ada dalam mod membeli-belah, habis semua dibeli hingga tak beri perhatian pada corak baju apatah lagi di kedai borong.

Alpa memilih baju, wanita terkedu apabila ditegur anak sendiri mengenai corak pada baju yang telah dibelinya.

Menerusi Facebook, Anis Syahirah Anis, dia memuat naik gambar corak baju yang kelihatan seperti daun namun sebenarnya adalah bentuk badan wanita.

“Macam mana kedai pakaian boleh jual corak ini, saya beli di pemborong pyjamas (baju tidur) di Kuala Lumpur.

“Anak balik pakai dia sendiri perasan gambar tak baik lah mama, saya ingat corak daun berjalar masa di kedai.

Ibu terkejut tengok corak baju tidur anak tak senonoh

“Ya Allah bila tenung-tenung, terkejut. Rosak minda anak aku,” ujarnya di hantaran Facebook.

Lebih mengejutkan corak tersebut adalah untuk baju tidur kanak-kanak umur setahun hingga 12 tahun.

“Bayangkan ni saiz baju tidur dari umur 1 hingga 12 tahun. Apakah niat pengilang nak rosak minda kecil anak-anak?

“Serius masa beli di kedai memang tak perasan sebab beli lebih 30 helai, jadi campur sahaja corak,” tambahnya.

Rata-rata warganet terkejut namun corak sebegitu sudah biasa malah ada banyak lagi corak pelik dijual jika diperhatikan betul-betul.

“Macam-macam sekarang ni, sebelum ini ada tengok corak bentuk babi,” komen Ita Nyta.

“Sebab itu belilah gambar jelas, tak perlu nak abstrak sangat. Beli gambar bunga atau doraemon. Gambar seketul dan tak ada selit-selit,” tambah Syahirah Nabilah.

BACA: Wanita hamil baru kahwin 7 bulan ditangkap khalwat bersama lelaki bujang