Setelah bertahun ibu dan bapa berpisah bilik, satu hari, ibu tiba-tiba dapat masuk bilik bapa.
Kami nampak ada kerusi bertentangan dengan tingkap dan ada sebuah tangga kecil.
Bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut dan barang-barang mengaibkan..
Salam semua. Ini luahan hati seorang anak yang lahir dari broken family. Kami 5 beradik iaitu along, angah, acik, alang dan usu. Ibu bapa kami pekerja dalam sektor kerajaan dan sekarang sudah bersara keduanya.
Rumah yang diduduki sekarang adalah nama bersama ibu bapa. Pendek kata dari awal perkahwinan mereka, ibulah yang banyak mengeluarkan belanja untuk hal rumahtangga. Bapa pula kami tak tahu sebab dari kecil lagi bapa seolah menjarakkan diri dari kami. Bercakap hanya bila perlu sahaja.
Kami adik beradik dari kecil lagi dah disajikan dengan kisah porak peranda rumah tangga ibu bapa kami. Manakan tidak, tiada ribut taufan tiba-tiba bapa kami mengasingkan bilik tidur dengan ibu kami. Bapa pindah lari ke bilik sebeIah dan jarang lagi berjumpa dengan kami. Dia dengan dunianya sendiri.
Barang-barang keperluan harian dan makanan, ibu yang akan pergi sendiri ke pasar, masak untuk suami dan anak-anak. Kini, kami adik beradik yang bergilir-gilir bawa ibu ke pasar. Selama lebih kurang 15 tahun berlalu dan kami pun berumah tangga. Ibu bapa kami masih seperti itu.
Ibu kami semakin hari semakin kurang sihat. Semakin menjadi jadi bengisnya. Jika benda salah sekecil kuman pun ibu kami cepat sentap dan mengamuk. Tapi kami tak salahkan ibu sebab kami menganggap ibu jadi sebegitu kerana bapa mengabaikannya dari segi nafkah zahir batin dah terlalu lama.
Jadi dipendekkan cerita, satu hari along ternampak 1 akaun tiktok wanita muda yang letak banyak video-video bapa kami, malah gambar atuk kami pun ada. Naluri along, mengatakan ada sesuatu antara mereka. Along tunjuk semua tu pada ibu.
Seperti dijangka ibu menangis, sedih, marah. Ibu pada mulanya menyoal bapa tapi dia tak mengaku. Selang beberapa hari kemudian ibu perasan surat nikah mereka hilang. Bila ibu bertanya lagi bapa, akhirnya bapa dengan tiada apa-apa perasaan berkata,
“Awak kan dah tau saya dah nikah. Buat apa nak surat nikah? Nikah di siam tak perlu nak bagi surat apa-apa kat awak.” Ibu terkejut mengurut dada beristifar. Ibu hanya bertanyakan surat nikahnya tapi bapa mengatakan kebenaran perihal dirinya. Masa berlalu, begitulah juga ibu bapa kami.
Bapa yang sekian lama mengabaikan ibu dan anak-anak kini makin menunjukkan belang beliau. Bebas keluar masuk rumah tanpa mengira masa. Tak balik beberapa hari pun ada. Tapi kami dah tak kisah. Kami diabaikan dan dibuang setelah sekian lama.
Suatu hari, mungkin ibu mendapat pertolongan dari Allah swt. Dengan kuasa Allah pintu bilik bapa boleh dibuka ketika itu. Sewaktu kami masuk di bilik bapa. Kami nampak ada kerusi yang duduk bertentangan dengan tingkap dan ada sebuah tangga kecil.
Dan keadaan bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut dan barang-barang mengaibkan. Ibu menuduh bapa kami bawak perempuan masuk rumah. Kami diam-diam pasang cctv dalam rumah. Tapi selama 2 minggu tiada apa-apa yang mencurigakan. Kami anggap ibu kami paranoid sahaja.
Tetapi suatu pagi achik rasa tak sedap hati. Diam-diam dia keluar sembunyi belakang bilik bapa. Tanpa diduga ada seorang perempuan membuka tingkap bilik, menurunkan tangga. Achik cuba merakam tetapi perbuatannya disedari perempuan itu.
Perempuan itu memberitahu bapa kami yang ketika itu tunggu di dalam kereta. Mereka berdua mengejar acik. Selepas itu bapa kami mengamuk. Apabila kami membuat report, polis tak boleh buat apa-apa kerana perempuan itu isteri bapa.
Tak boleh caj pencerobohan berlaku. Ibu kami yang mengetahui perbuatan bapa sekali lagi terduduk. Sudahlah selama ini bapa mengabaikan ibu berbelas tahun dari saat ibu tak putus haid lagi tergamak mengkhianati ibu kami sebegini rupa.
Bapa bermain tepuk amai-amai dalam bilik bersama perempuan itu sedangkan di bilik sebeIah, ibu kami dibiar tidur keseorangan. Ibu merasa cukup cukup terh1na dengan perbuatan bapa. Kami selaku anak sangat-sangat malu dengan perbuatan bapa.
Bila ibu membuat laporan di pejabat agama, kami diibarat dit3ndang ke mahkamah, ditolak ke pejabat agama lagi sekali. Pengh1naan demi pengh1naan dialami oleh ibu kami. Sekarang ibu baru melantik 1 peguam untuk menuntut nafkah tertunggak selama berbelas tahun, tapi peluang yang peguam bagitahu pun agak tipis.
Sejujurnya kami sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi. Setiap benda melibatkan wang ringgit. Sudahlah rumah kami dimasuki penyondol. Undang-undang pun tak menyebeIahi kami yang teraniaya ini. Jika ibu memohon cerai, ibu difahamkan tak boleh menuntut banyak hak.
Ibu yang bersama dengan bapa dari tiada apa sehinggalah sekarang. Sedangkan perempuan itu baru sahaja merampas bapa kami bakal mendapat hak yang sama dengan ibu kami. Saya yakin tiada siapa pun yang bergelar isteri sanggup duduk di tempat ibu saya.
Kepada sesiapa yang ada cadangan atau pandangan kami sangat menghargai pertolongan anda. Saya akan membaca komen anda semua. Saya berharap sangat bapa sempat memohon ampun maaf dari ibu saya. Walaupun ibu saya dah cakap tiada lagi ruang kemaafan buat bapa. Bertahun-tahun ibu disiksa bapa. – Angel (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shida Samsudin : Ada lawyer yang memang buat kerja asal boleh. Kadang-kadang siap berpakat dengan pihak Iawan. Terjadi dalam family saya juga. Ada pula lawyer nak duit tak nak buat keje. So carilah peguam lain dapatkan pandangan. Harta sepencarian dari mula-mula kahwin sampai sekarang mesti lebih banyak dan boleh dituntut
Aza Yati : Ada few issues di sini : –
1) rumah bersama, so nak jual kena ada persetujuan bersama. Agak susah, kena usaha kan jugak..
2) carik lawyer lain yang lebih baik, bagitau dinafikan nafkah zahir dan batin bertahun-tahun. Alasan kuat untuk berpisah. Pastu kaw-kaw tuntut harta sepencarian.
3) berpisah and tukar nama waris sebelum pencen sebab takut suami yang tak guna tuh dapat.
Yang lain-lain tuh kena stay strong dengan your mom, always be her ears and shoulder to rely on.. Gudluck confessor.. *edit yang bab hibah sebab ada yang tegur.
Rosilawati Binti Mohamed : Ibu tt ada harta paling berharga. Iaitu 5 anak yang ada bersama-samanya. Ibu ada pencen sendiri. Jadi yang lain-lain tu ikut rezekilah nanti. Redha aje . Yang penting carilah jalan bahagia dan ketenangan.
Jangan sukarkan hidup dengan ikatan yang hanya menghadkan pergerakan dan perbuatan. Dalam keadaan itu tak nampak jalan pahala dan kebaikan. Hujung-hujung usia dah. Carilah damai di hati.