Ibu mentua luah perasaan depan menantu bunuh anaknya, “sampai hati sanggup kamu..”

Tak dapat tahan sebak, ibu kepada mangsa bunuh suami sendiri menangis saat berhadapan dengan menantunya di lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik Malaysia Gazette, Rozita Radzuan meluahkan kata-kata kesal kepada suspek yang sanggup membunuh anaknya.

Suspek dalam keadaan bergari diiringi anggota polis sempat meminta maaf sebelum berlalu pergi.

Ibu mentua luah perasaan depan menantu bunuh anaknya, "sampai hati sanggup kamu.."

Pada 20 Jun lalu, suspek menyerah diri ke balai polis selepas menikam isteri dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah Perak.

Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Abang mangsa pula mendedahkan, adiknya telah menerima ugutan jenayah termasuk bunuh sejak lebih setahun lalu.

@iamsyiran Semoga keadilan tertegak untuk Nisya Syahkila. Ini baru permulaan. #justicefornisya ♬ original sound – iamsyiran

BACA: Ini punca Zhang Zhi Jie meninggal dunia