Ibu bapa bersyukur PM umum bantuan RM150 kepada setiap murid

Ibu bapa bersyukur PM umum bantuan RM150 kepada setiap murid

Ibu bapa bersyukur PM umum bantuan RM150 kepada setiap murid. Keputusan Kerajaan Perpaduan Malaysia menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini ternyata memberi kelegaan kepada rakyat terutama mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pereka dalaman sambilan, Urwatif Mohamad, 34, berkata, tindakan kerajaan itu bertepatan dengan keadaan ekonomi negara ketika ini yang dalam proses pemulihan daripada pandemik Covid-19.

“Saya setuju bantuan itu diberikan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa sebab ada dalam kalangan ibu bapa walau gajinya besar tanggungannya banyak,” katanya pada Selasa.

Jurufoto portal sambilan, Mohd Zamzuri Daud, 38 turut senada dengan Urwatif berkata, ia sememangnya membantu dalam keadaan beliau tidak mempunyai pendapatan tetap sejak disahkan dijangkiti penyakit tuberkulosis atau tibi pada Jun lepas.

“Saya tiada pendapatan sejak itu sebab perlu kuarantin selain isteri hanya buat kerja sambilan, jadi saya rasa lega sikitlah dapat tampung perbelanjaan empat orang anak yang masih sekolah.

Ibu bapa bersyukur PM umum bantuan RM150 kepada setiap murid

“Saya berharap akan ada lagi berita baik daripada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini supaya kebajikan rakyat terus diambil perhatian,” katanya.

Pekerja swasta, Mohd Khidir Zakaria, 51, turut melahirkan kelegaan kerana dalam keadaan ekonomi yang belum stabil ketika ini, bantuan tersebut boleh mengurangkan kos untuk perbelanjaan awal persekolahan anak-anak.

“Ini kerana kos barangan tidak lagi seperti lebih 10 tahun dahulu. Semuanya naik dan mahal. Kadang kala ada ibu bapa terpaksa bercatu belanja sekolah anak sebab tiada duit.

“Lagi pula ada murid yang banyak tercicir pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi perlu kelas tambahan juga melibatkan kos belanja,” katanya.

BACA:

RM50 bertukar jadi RM50,000 dalam satu malam, pemuda jadi jutawan

Parit tak terurus antara punca banjir di Kelantan – TMB

Kumpulan aktivis di India bakar gambar Shah Rukh Khan, apa sudah jadi?