Hot!!! Scammer ‘jandakan’ cikgu, guna foto untuk cari jodoh

Hot!!! Scammer ‘jandakan’ cikgu, guna foto untuk cari jodoh

Siapa yang tidak bengang apabila foto dan identiti digunakan oleh individu tidak dikenali bagi tujuan yang bukan-bukan sehingga menggangu kehidupan seharian.

Suka hati je jandakan orang

Menerusi luahan daripada pengguna Twitter yang juga seorang guru, Arifah Raedah telah memuat naik beberapa tangkapan skrin menunjukkan gambarnya digunakan scammer di laman Facebook mencari jodoh.

 

Cari jodoh guna gambar ‘curi’

Dalam beberapa muat naik tangkapan skrin cikgu tersebut di Twitter, dia memaklumkan individu tersebut menggunakan gambar dan namanya untuk mencari pasangan hidup.

Apa yang menggelikan hati adalah scammer berkenaan memaklumkan dirinya berusia 44 tahun dan sudah bergelar janda anak dua. Hakikatnya, cikgu muda itu baru berusia 20-an dan masih mempunyai suami.

Mengaku ibu tunggal anak 2

Buat report je cikgu

Perkongsian tersebut nyata membuatkan warganet geram kerana scammer terbabit menggunakan foto cikgu Arifah bagi tujuan tidak betul.

Ia bukan sahaja mencemarkan nama baik guru berkenaan malahan memberi imej kurang baik kepada kerjayanya yang merupakan seorang pendidik.

Banyak betul laman web cari jodoh dia promote diri

Habis owner gambar ori kena kecam

Muka muda lagi , tapi dah 44 tahun!

Sumber: CgArifahRaedah

COMMENTS