Hot!!! ‘road to halal’ Uqasha Senrose, Kamal Adli

Hot!!! ‘road to halal’ Uqasha Senrose, Kamal Adli

“OMG! Uqasha cantiknya kamu. #roadtohalal Ya Allah dah boleh bayangkan betapa cantiknya Uqasha di pelamin nanti.”

Itu komen pengguna akaun @kamalxuqashafanclub di Instagram pelakon, Uqasha Senrose menerusi hantaran foto dimuat naik, semalam.

Malah, beberapa hantaran foto lain termasuk video pendek memperlihatkan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu mengenakan busana perkahwinan warna putih rekaan Shanell Harun lengkap dengan barangan kemas Habib Jewels bernilai lebih RM4 juta.

Ia sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan peminat adakah Uqasha dan kekasihnya yang juga pelakon, Kamal Adli bakal berkahwin dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun Uqasha berkata, dia dipilih menjadi ‘muse’ bagi menggayakan koleksi pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun tahun ini.

“Saya berasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah daripada Shanell Harun.

“Sejujurnya, saya selesa dengan potongan semua koleksi dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.

Bakal mendirikan rumah tangga bersama Kamal, Uqasha turut memilih persalinan yang selesa dan serba sempurna pada hari bahagianya kelak.

“Saya percaya setiap bakal pengantin impikan sesuatu yang terbaik, termasuk persalinan yang bakal disarung nanti,” katanya.

Sementara itu, Shanell Harun yang sinonim dengan mementingkan ketelitian, kekemasan serta kesempurnaan dalam setiap rekaan, menyifatkan pemilihan Uqasha adalah yang terbaik.

 

“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.

“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.

“Penggunaan fabrik ‘french lace’ sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempesona di hari bahagia mereka.

“Malah setiap awal tahun, saya akan mementaskan rekaan busana perkahwinan, namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan akibat pandemik selain menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

“Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya tidak terus bekarya. Bagi yang ingin melihat koleksi istimewa ini dengan lebih dekat, anda boleh jengah ke akaun Instagram rasmi,” katanya.

Shanell ialah bekas pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berpengalaman hampir sedekad dalam industri fesyen tempatan

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/674037/uqasha-senrose-kamal-adli-road-halal