Honda Wave Alpha (2023) tampil dengan enjin patuh Euro4

Honda Wave Alpha (2023) tampil dengan enjin patuh Euro4

Honda Wave Alpha (2023) tampil dengan enjin patuh Euro4. BOON Siew Honda (BSH) melancarkan Honda Wave Alpha (2023) dengan enjin suntikan bahan api (FI) patuh Euro4 dan rupa baharu lebih segar.

Sejak diperkenalkan pada 2015, kapcai tersebut menjadi pilihan ramai penunggang Malaysia yang mahukan gaya, kualiti dan nilai berpatutan dengan ciri ditawarkan.

BACA >>> Honda Wave 110i (2022) Lancar di Thailand dengan 4 Varian, Harga Mula RM4.7k!
BACA >>> Bukan Exciter 155, Tapi Honda Wave Alpha (2020) yang Makin Mahal di Vietnam

Pembaharuan Honda Wave Alpha (2023):

Enjin 110cc baharu patuh Euro4 dengan teknologi suntikan bahan api (FI) diprogram.
Rekabentuk baharu ‘Sport Accent’ untuk penampilan lebih dinamik.
Panel meter dan lampu belakang baharu lebih moden
Kapasiti tangki petrol lebih besar
Ruang simpanan bawah pelana lebih besar

Enjin Honda Wave Alpha (2023) menghasilkan kuasa 8.97hp @ 7,500 rpm dan tork 8.67Nm @ 5,500 rpm.

Honda Wave Alpha (2023) tampil dengan enjin patuh Euro4

Namun peningkatan ketara enjin ini adalah kecekapan bahan api pada kadar 70.9km per liter mengikut rating Kitaran Ujian Motosikal Dunia (WMTC), sekali gus meletakkan kapcai itu terbaik dalam kelas dari segi penjimatan minyak.

Secara ringkas, kecekapan bahan api Honda Wave Alpha (2023) meningkat 12.3km per liter daripada model 2019.

Selain jimat minyak, kapasiti tangki bahan api dinaikkan kepada 4.1 liter untuk memberikan lebih ketenangan minda kepada penunggang supaya tidak perlu melawat stesen minyak begitu kerap.

Rekabentuk dan gayaan diberikan nafas baharu dengan penampilan rekabentuk lampu belakang lebih sporty. Panel meter baharu memaparkan pelbagai maklumat diperlukan penunggang, dan kini dilengkapi indikator FI.

Selain itu, ruang simpanan bawah pelana juga diperluas 7.3 liter, iaitu dua kali ganda berbanding model terdahulu.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan:

Vivacity Red (merah)
Pearl Nightfall Blue (biru)
Clipper Yellow (kuning)
Harga bilik pameran disyorkan untuk Honda Wave Alpha (2023) ialah RM5,179, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. BSH turut menawarkan waranti kilang dua tahun, atau 20,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA:

Promosi nikah di Siam makin galak, tambah pula kes Syamsul tengah hangat

Terkejut lihat ular sawa berlingkar dalam mesin dobi layan diri