Hisap gam siang Hari “healing Sampai Ke Bulan, This Is Kelantan bohh”

Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam

Di sebuah persimpangan jalan lampu isyarat di Kelantan, namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar.

video tular yang dimuat naik di aplikasi WhatsApp pada Rabu itu memaparkan lelaki berkenaan dengan selamba menghidu bahan terlarang tersebut di khalayak ramai.

Hisap gam siang Hari "healing Sampai Ke Bulan, This Is Kelantan bohh"

“Semakin parah rakyat kita ini, berani hisap gam siang-siang hari tanpa segan silu. Khayal sampai ke bulan. This is Kelantan (Ini adalah Kelantan).

“Risau pula tengok takut dia langgar orang atau orang langgar dia,” tulisan di kapsyen.

Menerusi video yang dikongsikannya itu, lelaki berkenaan berada dalam khayal dan tidak berbaju.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Majoriti (@majoritiofficial)

Malah, dia juga dilihat menunggang motosikal dengan keadaan berbahaya ketika meninggalkan persimpangan jalan lampu isyarat tersebut.

Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki yang juga penarik beca berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat menghidu gam di Pulau Pinang pada 19 September lalu.

Kejadian itu juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian

BACA: Anak Ditegur Ibu Sebab Tak Jujur, Guna Duit Tabung Senyap-Senyap Beli Makanan