Hilang nyawa kerana tengah berlumba di jalanraya, sekali UAI jelaskan hukum meninggal dunia masa tengah merempit

Hilang nyawa kerana tengah berlumba di jalanraya, sekali UAI jelaskan hukum meninggal dunia masa tengah merempit

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang mat rempit maut dalam sebuah kemalangan yang berlaku berhampiran Seagate, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku jam 4.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal RXZ bersama sebuah kereta.

Hilang nyawa kerana tengah berlumba di jalanraya, sekali UAI jelaskan hukum meninggal dunia masa tengah merempit

Hukum mati ketika rempit

Susulan video kemalangan tersebut, muncul pula video Ustaz Azhar Idrus menerangkan mengenai hukum meninggal dunia ketika merempit.

@penduduk_bumi_ #ustazazharidrus #rempit ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

 

rempit

Menurut pendakwah itu, hukum mati ketika merempit adalah haram.

Mati merempit haram dan ada sesetengah ulama menfatwakan membunuh diri. Contohnya dia berlumba dengan keadaan ada lori di depan. Maka haram kerana bukan dia nak kejar masa untuk sampai cepat di destinasi tapi berlumba bersuka-suka yang merosakkan nyawanya sendiri.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menasihatkan anak-anak muda pada masa kini untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan rempit ini.