Hias sendiri-sendiri je, tapi hasilnya mengejutkan ramai

Hias sendiri-sendiri je, tapi hasilnya mengejutkan ramai

Hias sendiri-sendiri je, tapi hasilnya mengejutkan ramai. Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo.

Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung.

Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.

Hias sendiri-sendiri je, tapi hasilnya mengejutkan ramai

Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah.

Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.

Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?

BACA:

Tubuh langsing dan cantik, ini rahsia Younjung

Status media sosial Syamsul Yusof tarik perhatian, mahu saman pihak ini RM10 juta

Memang tanah kerajaan, pemilik Father’s Farm mohon maaf, sedia bertanggungjawab