Hayla berlakon filem pula, ikut jejak langkah ibu ayahnya

Hayla berlakon filem pula, ikut jejak langkah ibu ayahnya . Melihat bakat dan potensi yang ada pada anak keduanya, pelakon Wawa Zainal mencuba nasib memperkenalkan Hayla Magfiraul Adzkiyaa, 6, dalam filem terbaharu terbitan syarikatnya berjudul Abnormal.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafril ini juga percaya dalam kalangan anak mereka pasti ada yang mewarisi bakat ibu bapa untuk terjun ke dunia seni.

Hayla berlakon filem pula, ikut jejak langkah ibu ayahnya

“Tak sangka sebenarnya Hayla pandai berlakon. Ini merupakan filem pertama yang menampilkan dia.

“Sebagai pasangan suami isteri yang kedua-dua pelakon, kami percaya mesti salah seorang anak akan mengikut jejak langkah ke dunia seni.

Hayla berlakon filem pula, ikut jejak langkah ibu ayahnya

“Apabila sedar Hayla ada bakat, saya cuba untuk ketengahkan dia ke dunia lakonan,” kata Wawa kepada mStar.

Filem tersebut turut menampilkan Aeril sendiri sebagai pelakon utama selain Nabila Huda.

Manakala Wawa berkata, dia juga akan muncul dalam beberapa babak dan filem yang bakal ditayangkan tahun ini.

Sementara itu, bercerita tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu, Wawa yang juga bergelar usahawan kosmetik meluahkan rasa bersalah kerana selalu sibuk dan tidak punya banyak masa bersama keluarga.

Hayla berlakon filem pula, ikut jejak langkah ibu ayahnya

Bagaimanapun, Wawa menganggap setiap kesibukan itu adalah rezeki buat dirinya dan keluarga.

Dia juga berharap anak-anak juga mendapat manfaat dari apa yang diusahakan sekarang ini.

“Apabila terlalu sibuk, ada juga rasa bersalah kerana kurang meluangkan masa bersama anak. Hanya hujung minggu saya akan peruntukkan sepenuhnya untuk keluarga.

“Kalau tidak sibuk, tiada rezeki pula. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri dan ibu kepada keluarga.

“Apa yang saya usahakan sekarang adalah demi masa depan mereka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Hayla, 6, mereka mempunya tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam, 3 bulan.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Wawa kini cuba mengalihkan perhatian ke bidang penerbitan filem menguruskan syarikat produksi miliknya Respected Citizen Sdn Bhd.

“Selain sibuk dengan produk kosmetik, saya cuba untuk kembangkan kerjaya ke dunia pernerbitan filem.

“Saya masih lagi berlakon jika ada watak dan masa yang sesuai,” jelasnya.

Tonton:

Berita Lain:

Baru berusia 16 tahun, anak yatim ini mampu jana pendapatan RM50,000

Galaksi terbesar dalam sejarah berjaya ditemui saintis

Cara janda ini tutup mulut orang ramai mengenai statusnya buat orang tergamam…

COMMENTS

Wordpress (0)