Hattan bangga dengan pencapaian anak, rangkul trofi Album Terbaik AIM 23

Hattan bangga dengan pencapaian anak, rangkul trofi Album Terbaik AIM 23

Hattan bangga dengan pencapaian anak, rangkul trofi Album Terbaik AIM 23. Bak kata pepatah, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’. Jika sebelum ini kita lihat Datuk Hattan berada di pentas menerima anugerah, kini giliran anak lelakinya pula Adam Eiman memegang trofi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), semalam.

Mungkin ramai yang tak tahu, Adam merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album Yonnyboii berjudul Deluxe Version. Mereka menerima anugerah Album Terbaik AIM23 pada acara yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Menerusi Instagram Stories Hattan, dia berkongsi foto Adam berada di atas pentas AIM sambil memegang trofi. Kemudian dia mengucapkan tahniah kepada Adam dan meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya.

Hattan bangga dengan pencapaian anak, rangkul trofi Album Terbaik AIM 23

“Tahniah Anak ayah, Adam Eiman dan rakan-rakan..”- tulis Hattan dengan menyertakan hashtag meluahkan rasa bangga.

Di atas kemenangan itu, mereka membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif dan galakan kepada penggiat industri kreatif.

Sekadar info Adam atau nama sebenarnya Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak tunggal Hattan dan isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin. Tahniah Adam, semoga terus sukses dalam industri muzik tanahair.

BACA:

Lelaki jumpa cincin berlian dalam timbunan sampah, harga RM24 ribu

DDNK mohon beri ruang kepada isterinya, kecewa teruk kena kecam netizen

Ejen kosmetik dilarikan, polis akhirnya temui punca