“Hatiku menangis lagi, selama ni kita je terhegeh-hegeh”, status terbaru Elly Mazlein

“Hatiku menangis lagi, selama ni kita je terhegeh-hegeh”, status terbaru Elly Mazlein. Gandingan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dengan pelawak Shuk Sahar sememangnya mencuit hati.

Paduan mereka dalam mengacarakan Anugerah Skrin baru-baru ini menarik perhatian ramai dan menjadi bualan netizen di laman sosial.

Terbaru, menerusi kemas kini akaun Instagram milik Elly, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini seakan merajuk dengan Shuk.

Elly memuat naik sekeping foto Shuk bersama pelakon Zulin Aziz yang mengenakan busana sedondon rona hijau bersama kapsyen panjang lebar.

Tidak berdiam diri, Shuk turut membalas komen Elly di ruangan komen.

"Hatiku menangis lagi, selama ni kita je terhegeh-hegeh", status terbaru Elly Mazlein

Rata-rata peminat terhibur dengan aksi Elly dan Shuk serta mencadangkan mana-mana program hiburan yang boleh menggandingkan dua orang selebriti ini sebagai pengacara.

BACA:

Update terbaru, ini tarikh bayaran KWSP khas ke Bank masing-masing

Orang ramai kecam cikgu buat ‘live’ di Tiktok masa mengajar

Telefon bimbit paling kecil dunia dicipta, jadi kegunaan utama banduan di penjara

COMMENTS

Wordpress (0)