Hasrat lelaki mahu kahwin dua terbantut, kantoi slip gaji baki hanya RM800

Hasrat lelaki mahu kahwin dua terbantut, kantoi slip gaji baki hanya RM800

Hasrat lelaki mahu kahwin dua terbantut, kantoi slip gaji baki hanya RM800. Hasrat seorang lelaki untuk ‘memadukan’ isterinya dengan seorang janda anak satu berkecai selepas wanita itu mendedahkan slip gaji lelaki itu kepada bakal madunya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, wanita berkenaan bertindak demikian selepas suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita dan kedua-duanya sedang merancang untuk berkahwin.

Malah katanya, wanita itu juga sudah berani menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta izin darinya untuk bermadu.

Bagaimanapun katanya, tindakan suaminya itu seolah-olah ‘tidak sedar diri’ apabila baki gajinya hanya tinggal RM800 sahaja.

Hasrat lelaki mahu kahwin dua terbantut, kantoi slip gaji baki hanya RM800

“Aku bawak keluar slip gaji suami aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800.

“Aku bawak keluar pulak geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motor pun atas nama aku. Suami aku tiada kereta apa pun. Aku cakap agak-agak gaji RM800 dapat apa?,” katanya.

Jelas wanita itu lagi, suaminya juga hanya memberi nafkah hanya untuk ‘lepas tekak’ sekitar RM100 sehingga RM200 sebulan dan kadang-kadang duit itu pun lelaki itu minta semula.

“Sekarang duduk berdua kamu fikirlah baik-baik dahulu nak kawin lagi ke tak mahu, ini kami baru bukak pasal zahir, batin kami,”ujarnya.

Susulan pendedahan itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa lelaki telah memohon maaf sambil menangis.

“Baru ada akal, perempuan tu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah dia tau dia salah mintak maaf,” katanya

BACA:

Dipanggil hamlau, Aliff Syukri kecewa dengan Awie

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan