Hashtag kerajaan gagal jadi tumpuan di twitter

Hashtag kerajaan gagal jadi tumpuan di twitter

#KerajaanGagal kini trending di twitter kerana ramai pengguna laman sosial tersebut meluahkan rasa kecewa mereka dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kekecewaan rakyat disebabkan kerajaan gagal memainkan peranan dengan baik tetapi terlalu fokus dengan politik sehinggakan harga ayam serta barangan lain menjadi tidak terkawal di pasaraya dan bazar ramadhan.

Ada juga yang marah kerana hari ini kes Covid-19 naik mendadak dengan 2,551 kes dan jumlah keseluruhan kes sebanyak 370,528.

Ramai tertanya-tanya adakah perisytiharaan darurat berhasil sebagai langkah Covid-19 diuruskan secara berkesan dan segera. Ramai beranggapan kerajaan pada hari ini telah gagal.

COMMENTS