Hari -hari laki aku bawak balik ikan siakap. katanya mancing sungai belakang office. pagi tu follow suami senyap – senyap tak sangka apa aku nampak

Saya nak mengadu sikit min. Suami saya kaki pancing. Setiap hari dikatakan memancing.

saya pon nek fed up la tengok diri dia yang asyik nak mancing2.

yang pelik nya dia kalau mancing sorang2 je bila saya tanya nak mancing kat mana dia cakap kat sungai belakang tempat dia kerja.

Hari -hari laki aku bawak balik ikan siakap. katanya mancing sungai belakang office. pagi tu follow suami senyap - senyap tak sangka apa aku nampak

Tapi tiap2 hari dia bawak balik ikan siakap min. Ikan siakap ade ke kat air tawar min? tu yang saya hairan tu. Saya tanya dia mana dapat ikan ni? tak kan dapat ikan siakap je hari2. Dia cakap dia mancing la.

tapi saya perati je dulu. Tiap kali dia mancing telefon dia akan off.. tu y saya syak y dia bukan pergi mancing. Tapi pergi kemana pon tak tahu. Saya sebagai isteri yang sayang kan suami saya juga perlu selidik dengan lebih teliti akan tingkah laku suami saya. ye la hidup maati dengan dia. Tido sama makan sama.

nak dijadikan cerita min pagi tu saya nak buat operasi besar besaran nak follow laki saya senyap2 min betoi ke dia pergi mancing. Pagi2 saya dah rancang nak follow dia dalam keadaan senyap2 di belakang dia. Waktu dia nak pergi terus saya perhati kan dulu dlm 100 meter saya pon start motor min sanggup saya dalam keadaan hato bedebar2 follow laki saya redah hutan punya pasai.

Sampai je kat sungai betollah min laki saya btoi2 mancing. Alhamdulillah saya rasa hati saa y bedebar2 seakan2 terasa senang. saya ada pantau juga keadaan sekeliling yela takut ada perempuan tunggu ke apa ke. Alhamdulillah takdak.

Saya nak balik je tapi tibe2 tergerak hati min nak tgu situ sampai laki saya abes mancing.. lama juga la tgu dekat belakang pokok sawit nak ngintai laki punya pasal. nyamuk2 jangan cakap la min abes badan digigit nyamuk kepala hitam. nak ngintai laki punya pasai. Kalau korang dok dlm situasi ak pon mesti korang akan rasa dan akan buat macam tu.

Kan? tup2 dlm 3 jam juga laki aku berdiri dan batang pancing dia pendekkan menandakan y dia dah tak nak pancing. aku pon senyap2 tengok dia pastu dia start moto ak pon follow je kemana dia pergi.

Masa aku ekori dia tibe2 dia singgah dekat pasar aku terkejot rupa2 nya ikan yang aku makan hari2 dia beli min kat pasar tani. bukan dari dia mancing ya allah luluh hati aku. sanggup dia tipu aku yang siakap dia dapat tu bukan nye dia mancing. Tapi dia beli minnm.

Trus ak beredar dri situ dgn perasaan kecewa min. Selama ni yang aku makan ikan siakap dia hari2 rupenye dia beli min. Apa perlu ak buat min. perlukah aku ambik btg mancing laki ak ketok kt kepala dia? ak buntu min.bharap coretan saya menjadi iktibar dimata kita semua.

Reaksi warganet :

Shafiqah Shari : Husband aku pun kaki pancing. Setiap kali nak mancing mesti dia akan ajak aku. Kalau dia tak ajak, aku yang offer diri nak ikut walhal aku sendiri tak reti mancing. Tunggu je sampai dia habis pancing.

Mancing ni sebenarnya satu hobi. Kalau kita yang isteri ni suka shopping atas sebab untuk release stress, macam tu jugak dgn suami kita. Bukan setakat hobi je, mancing dalam keadaan tenang pun boleh buat si pemancing jadi relax.

Untuk TT, ikan siakap tu harganya mahal. Bersyukur lah awak boleh makan siakap hari2 sedangkan ada orang makan telur hari2. Fikir, dia mancing tak dapat ikan, tapi dia sanggup beli siakap hanya untuk awak. Mungkin dia tak nak awak fikir bukan2. Lagi satu, kalau rasa hati tak tenteram boleh join suami ikut mancing. Best sebenarnya tengok bila lama tunggu lepastu dapat ikan. Berbaloi walaupun tunggu lama.

Ainol Ain : Ehh. Jgn patahkan kak. Sebenarnye memancing ni lepaskan stres die. Die nak cite kat akak tu masalah tp x tau nak mule cm ne,

Ikan tu die beli sebab x nak dengar akak marah. Kalau akak nak tengok laki akak dok umah n kurang memancing,, akak try borak2 ngan die, bg die selesa nak luahkan ape2 ngan akak.

In sha allah kalau suami akak bercerita ngan akak in sha allah die sendiri yg gantung pancang. Tp sesekali die akan g mancing..

Jgn kacau n marah minat die,, sebab tu pelepas stres die,

Suami sy pun kaki mancing, selalu suh die mancing, die pun selesa nak cite bab2 mancing, dapat x dapat belakang cite.

Miyu Kenci : Next time pergi mancing .. kau pesan kat dia selain beli siakap tolong beli ikan senohong, gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 mencuri. Pastu kau blah…
Kalau dia tanye.. kau cakap sedap ikan siakap tu bang… ada 3 rasa kat kedai tuttt.. pastu diam je.. tak payah bgtau apa2 dah..

Tak rugi pun dapat ikan siakap.. kalau muak kau jual je.. boleh dapat duit.

Kisah kedua lebih mendebarkan

Aku mtk suami mancing udang galah sbb mgidam, tp suami terpancing ikan yg bertuan.Tak sngka ini yg tjadi kt bby.

Masa mengandung 7 bulan ngidam udang galah yang suami pancing. Tapi 1 udang galah pun tak dapat. Sebelum balik suami terpancing ikan cantik dan pelik.Lepas tu tiba tiba perut aku skit dan terpaksa bersalin. Rupanya ada ‘kaitan’ ikan tu dengan anak yang aku lahirkan ni sampai kene pakai bantuan pernafasan dalam NICU selama 2 bulan sampai lah aku dapat mimpi buat aku percaya sesuatu.

Masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang larang dalam segala hal, termasuk juga pantang larang yang melibatkan wanita hamil.

Kita pasti biasa mendengar orang tua berkata sekiranya ibu yang sedang hamil mengidam sesuatu namun tidak mendapatnya, bayinya nanti akan menjejes air liur.

Ada pantang larang yang boleh diterima akal, namun banyak juga yang membuat kita tertanya tanya di manakah logiknya.

Ada juga kepercayaan jika kita sedang hamil dan ingin melakukan perjalanan jauh ketempat tempat yang kita tidak biasa pergi.

Terpaksa melalui kawasan hutan atau perjalan pada larut malam kita digalakkan membawa bekal paku atau ja rum supaya syaiitan yang suka berdamping dengan wanita hamil tidak berani dekat. Wallahualam.

Kita juga biasa dengar dimana seorang suami yang gemar memancing, memikat burung terpaksa berpada pada dengan hobinya kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan akan mendapat ‘kenan’ atau ‘badi’.

13 tahun dahulu, saya juga kurang percaya dengan pantang larang ini. Saya menganggap ianya ‘kuno’, mengarut dan kolot sehinggalah ianya terjadi pada saya sendiri.Sewaktu hamilkan anak lelaki pertama saya, saya terlalu idamkan makan udang galah.

Berpuluh puluh ekor mertua dan ibu saya masak dengan pelbagai resepi namun ianya tidak dapat memuaskan hati saya.Saya hanya menjamahnya sedikit, tidak mampu menelannya kerana alahan yang teruk, bakinya dihabiskan oleh adik beradik yang lain.

Sehinggalah pada satu masa itu saya benar benar ingin memakannya dan ianya mesti dipancing oleh suami saya sendiri. Mungkin yang belum pernah merasai perasaan ini akan berkata.

” Mengada ngada jer kan.” atau ” Meluat aku. Manja sangat.”.

Alhamdulillah suami saya menurut setiap kemahuan saya. Hari pertama, suami berjaya beroleh 2 ekor udang galah walaupun bukan musim. Saya makan dengan selera sekali walaupun hanya digoreng dengan kunyit.

Bila suami saya melihat saya berjaya habiskan tanpa muntah kerana alahan, dia bercadang untuk memancing sekali lagi.

Alang alang masih berada di kampung kerana cuti masih berbaki. Keesokannya dia pergi lagi memancing walaupun ditegah oleh ayah. (Al Fatihah. Semoga ayah tenang disana. amin.)

Kata ayah, cukup la dah dapat sekali lepaskan hajat. Namun suami berdegil bila melihat saya tarik muka masam.

Ayah berpesan, kalau nak pergi juga, sebelum baling pancing, minta kebenaran daripada ‘penduduk’ disitu untuk melepaskan hajat isteri.

Suami saya hanya ketawa. Kali ini saya juga ikut sekali kerana menurut suami tempat dia memancing tu redup dan cantik.

Ada pokok buluh, rumput rumput yang lembut dan ianya seolah olah macam taman. Saya teringin untuk mengikutnya.

Setibanya disitu (Pulau Keladi, Pekan Pahang), memang benar kata suami saya, kawasan itu sungguh cantik ada pokok sena dan bau bunga kenanga menambahkan lagi ketenangan disitu. Lama kami tunggu, tiada seekor udang galah pun yang ‘naik’.

Maghrib hampir tiba suami menarik pancing dan ada seekor ikan yang kami tidak kenal namanya terlekat di mata pancing.

Oleh kerana masih hidup, suami membawanya pulang untuk disimpan di dalam akaurium ayah. Sisiknya cantik berwana warni dan berkilauan jika terkena cahaya.

Kami meletakkannya di dalam akurium hiasan di kedai ayah. Sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba di satu simpang Sagil Gunung Ledang, suami mengelak daripada terkena sebuah 4×4 sehingga kami terbabas ketepi hutan.

Jauh di seberang sana kelihatan lelaki c1na keluar daripada 4×4 dia dan berlari kearah kami. Dia bertanyakan keadaan kami.

Dia juga bertanya pada suami, adakah suami saya nampak sesuatu terbang kearah kereta dan ‘landing’ di bumbung kereta kami. Suami hanya ketawa dan menganggap lelaki itu mungkin terlebih alk0hol.

Setibanya di rumah, tiba tiba perut saya skit.

Memandangkan kandungan saya baru sahaja mencecah 7 bulan, maka saya biarkan sahaja kerana skit itu datang sekejap sekejap.

Keesokkan pagi, skit belum reda, suami mengajak ke hspital untuk mengambil ‘MC’.

Setibanya di kecemasan saya terus ditolak ke bahagian bersalin dan setelah diperiksa, doktor mengesahkan saya akan bersalin.
Alhamdulillah saya selamat melahirkan byi lelaki. Oleh kerana pra matang, b4yi saya dimasukan ke NICU.

Byi saya ada masalah pernafasan kerana paru paru tidak bekembang dan dktor mengesahan hanya 30% sahaja mampu bertahan. Waktu itu luluhnya hati saya.

Bayi yang aktif begerak semasa di dalam rahim, trbujur kaku dihadapan mata dengan wayar pelbagai warna berselirat dan pelbagai saiz ja rum dicucuk ke badan. Byi saya hanya hidup dengan bantuan pernafasan. Hampir 2 bulan byi saya terbujur kaku tanpa ada sebarang perubahan.

Saya berulang alik ke hspital dari hari pertama saya berpantang. Tanpa saya perdulikan keskitan.

Tiap tiap malam saya akan terdengar suara byi ketawa dan kadangkala menangis. Saya jadi takut bila keseorangan.

Sehinggalah satu malam saya bermimpi didatangi orang tua berjanggut putih meminta saya lepaskan ikan yang suami saya tangkap dahulu.

Suami segara menghubungi mertua saya dan menyatakan tentang mimpi itu. Mertua saya segera ke kedai tempat letaknya akuarium itu dan merenung ikan itu lama lama.

Masya Allah. Mengucap panjang Ayah bila mendapati mata ikan itu berkedip seperti mata manusia sedangkan mata ikan sememangnya tidak berkedip.

Bila Ayah merenung ikan mata ikan itu, ikan tersebut turut merenung mata Ayah dan waktu itu Ayah membayangkan persamaan cucunya (anak saya) yang hanya mampu hidup dengan bantuan pernafasan sama seperti ikan itu yang hidup bergantung pada bekalan oksigen.

Jam 2 pagi Ayah mengambil ikan itu dan segera melepaskannya ke Sungai Pahang sambil membaca al fatihah dan meminta maaf di atas ketelanjuran kami.

Alhamdulillah, semenjak hari itu peratus anak saya meningkat dan seminggu selepas itu anak saya dibenarkan keluar daripada hspital.

Ajaibkan. Kuasa tuhan. Dengan izinNya.

Semenjak daripada itu, segala pantang larang orang tua tua saya akan ikut kecuali ianya membawa kearah syirikk.

Contohnya saya akan berpesan pada anak anak saya jika hendak membuang air di kawasan hutan atau semak, terlebih dahulu minta kebenaran contohnya.

” Saya tumpang kencing.” Kita tidak tahu apa yang ada di sekeliling kita. Sesungguh alam ghaib itu wujud.

BACA: Gara-gara tertekan button like di Instagram, wanita ini berputih mata wang simpanan RM380,000 lesap