Harga sawit jatuh mendadak dalam masa sebulan, pekebun mula resah

Harga sawit jatuh mendadak dalam masa sebulan, pekebun mula resah

Harga sawit jatuh mendadak dalam masa sebulan, pekebun mula resah.Penurunan drastik harga minyak sawit mentah (MSM) hampir 30 peratus bulan ini dijangka menjejaskan perniagaan pengeluar sawit.Harga minyak sawit mentah merudum hampir 30% daripada RM6’700 setan kepada RM4’800 setan dalam tempoh kurang sebulan.

Pengeluar akan terjejas memandangkan terdapat kemungkinan peningkatan risiko kemungkiran atau kegagalan membuat pembayaran dalam kalangan pembeli yang mahu menangguhkan penghantaran minyak sawit, memandangkan mereka telah mengunci harga yang tinggi lebih awal.

Kejatuhan harga buah tandan segar (BTS) sawit dalam negara sejak kebelakangan ini tidak dinafikan antaranya berpunca daripada tindakan kerajaan Indonesia yang melaksanakan penarikan semula larangan eksport minyak sawit.

Harga sawit jatuh mendadak dalam masa sebulan, pekebun mula resah

Faktor ini sudah tentu berlaku kerana harga sawit di pasaran antarabangsa banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran apatah lagi Indonesia merupakan pengeluar sawit utama dalam dunia.

Pada 1 hingga 14 Jun lalu, harga BTS adalah RM1,400 satu metrik tan, 15 hingga 20 Jun (RM1,170) dan 21 hingga 22 Jun terus turun kepada RM1,000 satu metrik tan.Seramai 112,638 peneroka Felda seluruh negara mula resah dan ‘tidak senang’ duduk berikutan aliran harga BTS sawit jatuh sejak kebelakangan ini.

BACA:

3 tahun berdiam diri, suami pengasas Dnars mahu saman pemfitnah

Dapat gred T waktu keputusan SPM, bila semak balik rupanya A

Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus