Harga sawit dijangka mampu cecah RM5,500 satu tan

Harga sawit dijangka mampu cecah RM5,500 satu tan

Harga sawit dijangka mampu cecah RM5,500 satu tan. Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) akan berada dalam lingkungan RM5,500 satu tan sehingga 2024, membolehkan bank pelaburan itu mengekalkan penarafan ‘overweight’ terhadap sektor perladangan.

HLIB dalam satu nota penyelidikan berkata, keputusan kewangan suku kedua 2022 baru-baru ini menyaksikan enam daripada lapan syarikat perladangan mencatatkan prestasi yang menepati jangkaan pihaknya.

Ia berkata, secara perbandingan suku tahunan, lima daripada lapan syarikat perladangan merekodkan perolehan teras lebih tinggi semasa suku kedua 2022, khususnya disebabkan oleh harga MSM yang direalisasikan lebih tinggi serta output buah tandan segar (BTS) lebih tinggi secara bermusim.

“Dalam kalangan lapan syarikat perladangan yang kami jejaki, Genting Plantations Bhd merekodkan pertumbuhan keuntungan bersih teras suku ke suku tertinggi, dirangsang terutamanya oleh harga MSM direalisasi dan output BTS lebih tinggi dalam segmen perladangan huluan serta peningkatan margin pada segmen hiliran,” katanya.

Mengikut perbandingan tahunan, HLIB menyatakan bahawa lapan daripada sembilan syarikat perladangan mencatatkan keuntungan bersih teras lebih tinggi, dipacu terutamanya oleh harga MSM direalisasikan yang meningkat ketara, namun ia sebahagiannya diimbangi oleh output BTS lebih rendah dan kos pengeluaran MSM lebih tinggi.

Harga sawit dijangka mampu cecah RM5,500 satu tan

“Semua syarikat perladangan melaporkan output BTS lebih rendah disebabkan kekurangan tenaga pekerja yang kritikal dalam operasi di negara ini.

“Semua peserta bersepadu dalam liputan kami mencatatkan sumbangan hiliran lebih tinggi semasa suku kedua 2022, terutamanya disebabkan oleh peningkatan margin (berpunca daripada harga bahan mentah lebih rendah),” katanya.

HLIB bagaimanapun menjangkakan syarikat-syarikat perladangan akan mencatatkan perolehan lebih lemah dalam suku-suku kewangan akan datang berikutan harga produk sawit lebih rendah dan sentimen permintaan lebih lemah.

“Bagi pendedahan, kami meminati syarikat bersepadu seperti Kuala Lumpur Kepong Bhd and IOI Corp Bhd berikutan kedudukannya sebagai peserta huluan yang lebih tulen, memandangkan perolehan syarikat bersepadu cenderung untuk dilindungi dengan lebih baik di tengah-tengah trend harga produk sawit yang tidak menentu,” katanya.

BACA:

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, apa akan berlaku?

200 guru besar dalam dilema, naik gred tapi kena ‘turun pangkat’

Aktivis LGBT dijatuhi hukum mati