Harga RON95 di Singapura RM9.32 per liter, patutla..

Harga RON95 di Singapura RM9.32 per liter, patutla..Malaysia mungkin menjadi tumpuan kepada pemandu Singapura untuk ‘melarikan diri’ daripada membayar harga petrol yang tinggi di negara itu.

Ketika ini, harga RON95 di negara jiran yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia itu adalah antara S$2.99 hingga S$3.00 atau kira-kira RM9.32 seliter, menurut beberapa laman web termasuk carsbruh.com.

Nilai tersebut hampir empat kali ganda daripada harga di Malaysia iaitu RM2.05 seliter.

Kerajaan Malaysia memberikan subsidi terhadap RON95 bagi mengekalkan harga tersebut untuk membantu rakyat negara daripada tekanan ekonomi.

Semalam, media Singapura melaporkan, Menteri Perdagangan dan Industri Kedua negara itu, Tan See Leng berkata, setakat ini tiada bukti wujud pakatan sulit dalam kalangan peruncit petrol dan pergerakan harga pam dalam menentukan perubahan harga minyak mentah.

Harga RON95 di Singapura RM9.32 per liter, patutla..

Pada akhir Mac, harga minyak mentah adalah kira-kira 40 peratus lebih tinggi berbanding Januari, manakala harga petrol secara purata 15 peratus lebih tinggi dan diesel 30 peratus lebih mahal, kata See Leng dalam kenyataan menteri di Parlimen.

Tambah beliau, sekiranya terdapat sebarang bukti tingkah laku anti-persaingan, seperti kenaikan harga yang diselaraskan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas, termasuk denda bagi syarikat yang melakukan kesalahan.

Dengan harga minyak kini berkurangan, harga pam RON95 sepatutnya telah jatuh di bawah S$3.00 seliter pada hari Isnin.

Bagaimanapun harga pam kekal tidak menentu di Singapura dan pemerhati pasaran menjangkakan harga minyak mentah kekal tinggi.

Sementara di Johor, netizen berkongsi sejumlah foto kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak bersubsidi RON95.

Menurut mereka tindakan tersebut tidak wajar kerana subsidi RON 95 seharusnya dinikmati oleh rakyat Malaysia dan bukannya kenderaan negara asing.

Lebih tidak wajar jika pemandu Singapura yang memiliki nilai matawang lebih tinggi berbanding ringgit melakukan perbuatan tersebut.
TONTON :

BACA:

“Asal iklan raya je ada muka akak ni..”, wanita ini jadi bualan warganet

Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang

Petua gunakan ‘Aluminium Foil’ untuk sejukkan rumah, bajet ‘ciput’ pun boleh buat