Harga kerapu dua ekor RM190, pelanggan terkejut

Harga kerapu dua ekor RM190, pelanggan terkejut

Harga kerapu dua ekor RM190, pelanggan terkejut. Seorang pelanggan terkejut apabila ikan kerapu yang dimakan di sebuah restoran di Port Dickson dicaj sebanyak RM190 untuk dua ekor.

Pelanggan yang dikenali sebagai Sufizans Iqbal yang berkongsi di Facebook kumpulan awam Port Dickson tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan seseorang.

Sebaliknya dia terkejut dengan harga ikan kerapu sedemikian rupa.

“Ikan kerapu 2 ekor sampai RM190, pepahat 2 plastiks rm70 ,sotong 1.2 kg RM114,” tulis beliau.

Namun katanya kebiasaan makan di kedai ikan bakar di kebanyakan negeri tidak pernah dicaj mahal macam itu.

Harga kerapu dua ekor RM190, pelanggan terkejut

Justeru beliau mempersoalkan apakah kedai ini memang kedai harga VVIP.

Perkongsian beliau itu turut mendapat respons kumpulan berkenaan ada yang mengatakan restoran di kawasan Port Dickson memang caj mahal.

Kerapu RM190 dua ekor, pelanggan tanya restoran di Port Dickson ni memang harga VVIP ke?

Muhamad Qhuzairy merupakan orang Negeri Sembilan menasihatkan sesiapa yang berhajat makan ‘seafood’ Port Dickson ia bukan tempat yang disarankan.

“Sy sbgai orang n9.. klu berhajat nak makan seafood baik bukan di Port Dickson.. salah satu sbb mahal ade lah PD bukanlah kawasan hub pembekal makanan laut.

“Jadi kebanyakan seafood di situ di ambil luar dari PD.. harga mmg tinggi.. sy pun jarang mkn Seefood di sana.. p.d sesuai jika ingin melancong tuk nikmati pantai dan laut,” kata beliau.

Safiah Rania juga senasib dengan Sufizans Iqbal di mana beliau baru sahaja makan di restoran terbabit pada minggu lepas dia dikenakan caj RM100 untuk seorang makan.

“Sy baru terkena ary Ahad ritu.. tomyam dgn paprik utk 1 org mkn.. sotong 2 ekor, nasi putih 3, total rm100,” komennuya.

“Same lah…terkena jgk hri tu….serik nk masok lgi,” tambah Zainuddin Abdollah.

“Ha kan..kuasa viral cpt je kann…kami pun terkena sabtu mlm ahd..hrga x msuk akal..klu byk menu tu puas ati la..berbaloi jgk la..ni total rm440…hrga yahudi ke??menu ikan jenahak msak stim,stong sambal,udang msak buttermilk,ketam black paper n telur dadar..x kan la ikan jenahak tu sekor rm200 ko.?so beringat la ye..spe2 nk g pd tu mkn hti2 la..,” sambung Zai Cweett Afrina.

Bagaimanapun ramai yang memberi pandangan agar pelanggan bertanya terlebih dahulu harga ‘seafood’ sebelum pesan supaya boleh bajet awal-awal dan tidak terkejut selepas dicaj.

BACA:

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 mungkin dibenarkan, sila semak kelayakan sekarang

Selepas tak jadi beli Twitter, Elon Musk mahu beli Manchester United

Najib pecat semua peguamnya