Harga kayangan, namun lembu untuk korban tetap laris

Harga kayangan, namun lembu untuk korban tetap laris

Harga kayangan, namun lembu untuk korban tetap laris. Biarpun harga lembu korban mencecah antara RM5,000 hingga RM7,000 seekor, namun ia tidak menjejaskan permintaan terhadap haiwan ternakan berkenaan sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Kenaikan harga itu dikatakan tidak menjadi penghalang malah rata-ratanya bersedia untuk mengeluarkan belanja lebih sehingga RM1,000 satu bahagian.

Bagi mereka, semuanya kerana mahu melunaskan hajat yang tertangguh sejak dua tahun lalu. Di Muar, seorang warga emas, Noriah Kassim, 65, memberi­tahu, dia dan keluarga telah lama me­rancang untuk melaksanakan ibadah korban.

Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban ternakan sempena Aidiladha tahun ini, dijangka berdepan kenaikan harga di antara 35 hingga 40 peratus, berikutan kos operasi yang tinggi ditanggung penternak.

Harga kayangan, namun lembu untuk korban tetap laris

Pengerusi Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan (PURNS), Maarif Maarof, berkata penternak menghadapi pelbagai kenaikan kos operasi ternakan lembu, terutama bahan makanan iaitu dedak selain ubat-ubatan yang tinggi.

Beliau berkata, harga seekor lembu ketika ini sudah meningkat sekurang-kurangnya RM5,200 berbanding tahun lalu di bawah RM5,000 seekor.

“Kita menjangkakan kadar kenaikan harga korban ternakan antara 35 hingga 40 peratus. Berbanding tahun lalu, satu bahagian korban mungkin antara RM650 hingga RM700 tetapi tahun ini mencecah antara RM750 hingga RM850.

baca:

Misha Omar kongsi detik cemas akaun Instagram ‘dicuri’ hackers, nasib baik dapat balik

Rosyam Nor dikecam ramai sebagai biadab kerana paksa Shuib kahwin lagi