Harga barang mentah naik mendadak, peniaga tutup kedai

Harga barang mentah naik mendadak, peniaga tutup kedai

Harga barang mentah naik mendadak, peniaga tutup kedai.Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga serba salah untuk menaikkan harga jualan.

Antaranya, Nur Hidayah Arof memberitahu ibunya tahun ini terpaksa berhenti daripada meneruskan perniagaan makanan yang diusahakan sejak 29 tahun lalu.

“Tahun 2019, dengan RM10 ni kat kedai mak saya boleh dapat nasi ayam dua, ABC dua, sirap dua. Sebabnya, nasi ayam RM3.50, ABC RM1 dan sirap ais RM 50 sen.

“Tahun 2022, mak saya tak boleh dah teruskan harga macam tu. Dia jual harga murah sebab kedai dia berdekatan dengan sekolah pondok.

“Dia kesian dekat budak-budak, dia jual murah, 2022, mak saya dah tutup kedai. Dia berniaga sejak tahun 1993,” jelasnya.
Sementara itu, peniaga makanan, Soleha Siti berkata, beliau terpaksa menaikkan harga selain perlu menampung bekalan elektrik dan pelbagai kos bayaran lain.

Harga barang mentah naik mendadak, peniaga tutup kedai

“Kami yang letak harga pun rasa serba salah. Kesian semua ada tapi tak boleh buat apa sebab kami nak pusing modal balik. Maafkan kami,” katanya.

Peniaga tertekan, pembeli terbeban harga barang naik menggila.

Dalam masa sama, orang ramai khususnya golongan pekerja di kawasan bandar mengeluh belanja makan tengah hari pun mencecah bahkan melebihi RM10 sekarang.

Terdapat kedai yang sama menaikkan harga makanan sehingga mencecah 50 peratus bagi juadah yang serupa hanya dalam tempoh 24 jam!

“Nasi, sayur dan telur dadar, semalam RM5 saja tapi hari ni RM7.50. Tempat yang sama, menu yang sama, harga belum tentu sama,” kata Haikal Hykal.

Rentetan itu, pelbagai ikhtiar dilakukan dalam usaha berjimat termasuk membeli nasi pada waktu pagi untuk makan tengah hari.

“Akak beli nasi pagi buat makan tengahari. Jimat 2 ringgit,” kata Maziah Deris.

Lebih ekstrem, ada yang makan kenyang-kenyang waktu pagi dengan meninggalkan juadah makan tengah hari.

“Makan pagi pun RM9.50 tapi pastikan kenyang sampai petang,” kata Shah Izuani Asri pula.

BACA:

Ben Amir minta ampun, peminat jadi sayu lihat keadaannya

Akhirnya Lee Min-ho pilih gadis Indonesia sebagai isteri

Bantuan Sara Diri RM700 sebulan, ini cara untuk memohon