Hanya sempat berkahwin 2 hari, netizen perasan sesuatu pada wajah suami selepas nikah

Hanya sempat berkahwin 2 hari, netizen perasan sesuatu pada wajah suami selepas nikah.Walaupun sudah dimaklumkan mengenai nahas yang menimpa, tapi si isteri tetap menunggu teh ais dan apam balik yang dipesan kepada suaminya sehari kemudian.
Gara-gara cuma 2 hari Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman atau Erin sempat bergelar isteri, mungkin itu menyebabkan dirinya seolah-olah belum dapat menerima takdir kehilangan pasangan, Muhammad Mustaqim.
Terdahulu, Erin dikatakan sempat juga menatap wajah suaminya itu buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Bagaimanapun selesai majlis tahlil, dia masih dalam keadaaan gelisah dan sanggup menunggu Allahyarham Mustaqim balik sehingga lewat malam. Malah biarpun sudah duduk di kediaman orang tuanya, gadis berusia 20 tahun itu tetap berpesan kepada ibu mentuanya agar segera maklumkan jika lelaki itu sudah tiba di rumah.
Turut bersedih dengan pemergian mengejut itu, adik Erin juga memuat naik video kenangan selepas kedua-dua pengantin selesai bernikah di akaun TikTok miliknya. Apa yang mencuri perhatian ramai, kesemua ahli keluarga yang berada dalam kereta tersebut kelihatan sangat gembira kecuali Allahyarham Mustaqim. Klip rakaman tersebut malah meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan setakat ini.
@shalisya11 Tenang lah mu disana #fypシ゚viral 😔😢#ditaja ♬ bunyi asal – shalisya11 – Ca cute
Pandangan kosong, masa ni tengok muka suami dia dah lain…macam tahu je bakal tinggalkan isteri & keluarga dia
Rata-rata netizen nyata sebak melihatkan riak wajah ‘kosong’ Allahyarham dalam video tersebut, seolah-olah petunjuk terakhir yang ditinggalkan olehnya. Rentetan itu, mereka turut bersimpati terhadap ujian besar yang menimpa Erin sekali gus menitipkan doa buatnya agar terus bertabah.
BACA JUGA; Tengok wayang dengan lelaki lain, wanita ini kantoi dengan boyfriend sendiri
Alat ujian Covid setepat PCR dicipta saintis, hanya 4 minit keputusan!
Wow! Harga Samsung Galaxy S22 dijangka dijual dengan harga RM6399, kalah Iphone